Friday 14 August 2015

Nasi Briyani jadi Nasi Goreng...

Assalamualaikum & Hai....

Hujung Syawal sudah...
minggu terakhir masih berbaki nak beropen house...
macam tu jugak kat office kan...
hah cerita jamuan raya kat office, nanti²lah yer...
nak cerita makanan yang berbaki kalau ada jamuan tu...

Selalunya yang banyak berbaki ni spesis nasi...
macam nasi briyani ni...
walaupun lauk dah habis...
berguna lagi untuk tapau...

Nasi briyani, nasi minyak hampir sama spesis...
kalau kenduri kahwin ni pun banyak nasi yang lebih...
kat kampung dulu²  selalunyaaaaaaa kita tansform kan dia jadi Nasi Goreng...
esoknya tu pakat lah semua makan nasi goreng via nasi minyak tu...
tak payah fikir bahan yang berat²...
setakat bawang + ikan bilis tumbuk +telur hancur dalam kuali pun dah mabelesssss!!
sebab nasinya dah berperisa...
kalau over bahannya pun nasi dah jadi muak...
kalau dewasa tambah lah cili api...mabelesssss sangat ok....

Hah!! macam ni lah juga hasil balance nasi jamuan raya ni...
ada rezeki dapatlah sorang sikit seadanya sesama kongsi gitu...


Nampak macam nasi briyani biasa je ek...
tulah kamera tak power hahaha...
tak nampak pulak telur hancur..
asalkan korang baca faham sudah...

Jadi, lepas ni tak payah susah hati kalau dapat balance nasi berperisa macam ni...
tak payah fikir balik nak masak lauk ke apa...
goreng sajaaaaa....
jimat masa gitewww!



Friday 7 August 2015

Hanyir Politikus...

Assalamualaikum & Hai....

Sekarang....
hangat hanyir cerita politikus negara...
daripada satu cerita ke satu cerita...
ok itu pasal politik negara...

Ini nak cerita politikus kat pejabat...
5 hari sebelum...
hantar quotation untuk buat kek/cupcake/slice cake..
untuk majlis makan² kat pejabat...
tanya A..
dia kata dia tak jaga pasal ni...beriya tak tahu ni...suruh tanya B...
tanya B...
nanti kita tanya C...sebab C ketua, dia cuma bendahari...
melampau kalau hari² nak follow up..
hormat juga pada team dorang...
kerja hakiki pun banyak...
hari terakhir Jumaat sebelum berlangsung majlis Isnin depannya...
B kata dah dapat orang buat semua tu...

Ok tak apa...
anggap bukan rezeki nyah!

Sampai harinya....
1 biji brownies...nipis amat...
1 biji red velvet...
1 biji rainbow...
katanyaaaaaa....

Hasil kajian :
1-- pertama kalinya kek tu semua tak habis...berbanding majlis² sebelum ni...
dan seperti biasa banyak bunyi langau daripada memuji....
2-- kroni yang sediakan kek² tu semua adalah si A!!
dan diantara kata² langau adalah....A ni tak bagitahu pun kek apa, team tak decide lagi tapi A dah tempah tanpa pengetahuan team.

Nampakkkk takkkkk?

Ahkak? senyum je lah.

Sekian.


-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...