Tuesday 14 July 2015

Sisipan Menjelang Syawal...

Assalamualaikum & Hai....

Blog ahkak tak ada istilah cuti ke tak...
sebab jarang berupdate...
kot nanti teringat nak update bawah pokok ketapang...,
gua update je...
kalau tak bisu lah sampai Syawal ke berapa pun tak tau...

Sebagai pembuat kuih yang bersara sekejap tahun ni...
tangan gatal jugak la nak buat sejenis dua...
bila tengok bahan² pun ada...
terfikir nak bagi situ sikit, sini sikit...
jadilah daripada tak ada...
daripada ada tangan tapi kosong...

Samperit dahlia...
cuba buat yang double camni...
jenuh gak la jari...


Ada tukang jaga oven...
sebab lepas tu dia nak rasa dulu...
hahahaha!


Itulah bila ada anak ni...
keseronokan dia je kita fikir...
seronoknya dia bila tahu kita nak buat kuih raya....
menolong walaupun apa aja ikutkan dia boleh tolong...
menolong mengacau bahan² sekejap je pun kan...
nak buat jenis terap tu ahkak tak dayaaa owhhh!!
kalau tak boleh gak dia main terap kuih...
InshaAllah akan dikekalkan tradisi ni..
walau cuma buat sejenis...
dah buat anak seronok dan gembira..
nak sambut raya katanya....

Biskut Cornflake...
hat ni takda gambar pulak...
entah malas la nak ambik gambar ahahhaha!
tak tahulah biskut ni setakat ini atau bertambah...
hajat tu memang nak buat beberapa jenis lagi...
tapi ikut ketahanan fizikal jugak....
sebab kena masak lauk pauk untuk apak...
yang beraya diperantauan aka tak balik raya...
takkan sepanjang musim raya nak pedajal kat kedai mamak je...
tak patut sangat....
jadi lauk frozen rayalah nanti...
nak makan perangat je...

Harapnya tahun depan dapat rezeki lebih lagi...
jadi tak adalah bergilir bekerja dihari raya je kan bang....
*sob*sob*sob*
jadi kepada yang balik ke kampung lengkap bersama...
takpayah lah banyak sangat cengkadak kat suami tu...
itu ini begitu begini...
ahaks!!

Wal Syukur Wal Alhamdulillah :)


No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...