Monday 5 January 2015

Entri Hari Pertama Persekolahan...

Assalamualaikum & Hai....

Sangat DEEP!!


Alhamdulillah hari pertama persekolahan yang smooth...
tak ada meragam nak bangun pagi...
sebab dia sendiri pun tak sabar nak pergi sekolah....
"umi cepatlah tak sabalaaaa nak jumpa kawan²"
"nak jumpa kawan² je?"
"yelah jumpa kawan² pastu belajar sama² dengan kawan²"
nampak tak konar diaaaa..hahahaha
kali ni hantar je lah tak payah tunggu macam tahun lepas...
dan ahkak pun boleh lah terus pergi kerja jimat cuti...

Juga tahun persekolahan yang...
tak ada sesi menjahit alter uniform macam tahun² lepas...
sebab ngam² soi je saiz M tu...
cuma kerja baru buat label nama pada pakaian dan barang²...
sebab dia akan duduk taski seharian...
biasalah bab tertukar semua tuh...
jadi kenalah label...
nak hantar kedai, nak murah kena kuantiti yang banyak...
jadi kita buat sendiri je lah....
entri label nama akan update kemudian...

Semoga sesi persekolahan tahun ni baik² saja...
harap Mu'adz Firas dapat mengulangi kejayaan lebih baik daripada tahun lepas...
dapat lebih lagi mengenal Allah sementelah sekolah sebelah petang...
lebih kepada pembelajaran Pra-Tahfiz-mengaji,solat dan hafazan....
Aamin Yarabb....

No comments:

Post a Comment

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...