Friday 28 February 2014

Catuan Air TERKINI...

Assalamualaikum....

Terkini...
final katanya...
mari menadah air...
mari minta turun hujan....


Kek Sedap, Sungguh!!

Assalamualaikum....

Intro...
Tahannnn...lap ailio tu ehhhhh....
Masa senyap je blog ni minggu lepas...
terlantar, mood semua lari...
bila dah elok...
tekak terasa menggedik...
nak yang manis²...
mula terbayang kek ni lagi...
tapi bila terfikir banyaknyaaa....
tahan rasa 44 kali...
kek yang tu pun bawak balik kampung...
orang rumah kat kampung yang habiskan...
itupun kata "tak cukup"...
terlampau sedap...huhuhu...
kalau setakat bertiga ni..
entah tahun bila nak habis kek tu...

Tahan la rasa ni kan...
sampailah Isnin lepas...
ambik budak kecik tu kat rumah pengasuh...
ternampak sebiji kek...
ehhh macam kek tu je, macam sama je...
ada mak budak yang belanja kek...
jadi pengasuh bagi la sikit kat ahkak ni...
*masa tu dah telan ailio je*
sebak tau macam tahu² je rasa tekak ni...

~Nikmat Allah mana yang kamu dustakan?~
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" (surah ar-Rahman : ayat 13)

Walau tak berupa tetap nak letak jugak hahaha...
Tapi yang ni lain sikit...
lebih manis sebab caramel atas tu sebiji macam susu pekat....
walnut pun sikit meh...
apapun syukurlah dapat merasa yang seakan serupa....

Lepas tu baru terasa nak tengok web tokei asal...
wahhh rupanya dia dah buat pek mini....
terus je lah deal dengan dia nak jadi agen...
*cari rezeki sampingan kekdahnya*
lagipun kek memang sedap wehhhh....
haruslah diwar²kan...
jadi sah la sebagai agen kek...

Masih ragu² "sedap ke tak"? 
berzikir empat.ratos.kali mintak hidayah?
boleh lah beli yang mini pek ni....
RM15 je...
mampu milik kot....


Kawasan liputan :
Menara TM & KL Sentral - Drop point/pickup je tau
takdo delivery sampai ke pintu ofis/rumah ye...
apapun boleh plan baik punya...
kawasan sekitar macam UM, Kerinchi, PJ, Bangsar boleh kita bincang dulu...
kalau boleh order la lebih 1 pek..
korang collect order member ofis/rumah sekali...
berbaloi namanya....
tak gitu....

ORDER 2 HARI sebelum....
HARI Drop point/pickup - ISNIN, RABU & JUMAAT

Kat Bangi/Kajang pun boleh....
jadi kepada kawan² ahkak yang pemalu nak jumpa agen lain...
lagi selesa beli dengan ahkak la kot...
kahkahkahkah!!
ahkak OK jeeee...
yang penting order awal 2 hari sebelum ye nok!!

Sebenarnya setiap kawasan ada agen...
atas inisiatif tokei risau keselamatan diri dan anak²...
pelbagai hati orang datang rumah, kan....
jadi dengan agen customer jumpa agen je merata tempat...

OK..selamat menjamu mata...
nak menjamu tekak JOM ORDER....




Tuesday 25 February 2014

Cereal Dispenser...Jom Order....

Assalamualaikum....

Ok ini PRE ORDER ye...
order bila² masa ditutup sebab bila dah capai target kita tutup order...
ETA 15/3...
ETA sampai ke tokei, sampai ke kita ETA bagi masa dalam seminggu...
kena faham itu bukan terus sampai ke depan pintu rumah 15/3 tu hehehe...
deposit 50%....
win-win situation namanya...
tak adalah timbul kes tipu ke apa...
ini Harga Lama...
banyak permintaan meh...
SERIUSSSSSS!!!
berdesup masuk message tanya...
tapi dah habissss stok lama...
kita bagi harga baru...
kita consider bagi korang hati senang & sama manfaat....

MATERIAL : Plastic
SIZE :  
Single = (H) 42cm X (W) 14.50cm
Double = (H) 42cm X (W) 33cm

 *PRICE INCLUDING POSTAGE Semenanjung only, Sabah/Srwk add charges

Single = RM55
Double = RM65



Ada pertanyaan...
"tahan ke tak?"
kalau tak baling ke dinding, tahan...
kekekeke...
kalau ahkak letak tempat tinggi...
tak pun masa budak² ambik tengok lah...
biasalah tangan budak² ni kan...
silap² tak tadah pakai mangkuk...
tadah pakai tangan OK lagi...
kalau pakai mulut terus??
he he he....

Limited hoke....
nak jawapan cepat WhatApp/SMS 0176014541...

Mohhhhh order....



Catu Air...(UPDATE)

Assalamualaikum....

Iskkk....
keluar berita katanya info salah...
ape daaaa....
ok ini yang betul....
daripada web SYABAS...



========================
Ok dah dapat tempat² catuan air...
inipun daripada WhatsApp...
betul ke tak bukan isu...
isunya kena TADAH AIR dong!!

Senarai lokasi Catuan air di Negeri Selangor:
WILAYAH HULU LANGAT
1. Bandar Tun Hussien Onn
2. Saujana Impian
JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378
WILAYAH KUALA LANGAT
1. Batu 7 ijangkang
2. Batu 8 Sijangkang
3. Batu 9 Sijangkang
4. Batu 9 Kg Medan
5. Batu 9 Kebun Bharu
6. Taman Desa Sijangkang
7. Taman Rivera Perdana
8. Taman Permai Sijangkang
9. Taman Sijangkang Indah
10. Taman Medan Indah
11. Taman Perwira
12. Taman Sijangkang Jaya
13. Taman Seri Medan
JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351
WILAYAH KUALA LUMPUR
1. Angsana Hilir
2. Ampang Hilir
3. Taman Pertama
4. Taman Bukit Pandan
5. Kg Pandan Luar
6. Kg Pandan Dalam
7. Taman Koperasi Polis
8. Taman Desa Baiduri
a. Jln Tenteram
b. Jln Yaakob Latif
9. Bandar Damai Perdana
10. Taman Damai Perdana
11. Taman Desa Cahaya
12. Taman Sri Bahagia
13. Taman Bukit Anggerik
14. Taman SPPK Bkt Cheras
15. Taman Orkid Desa
16. Taman Segar
a. Jalan Belimbing
17. Taman Billion
a. Jalan Setiabistari
18. Taman Supreme
a. Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12
19. Taman Cheras
a. Jalan Setiabudi
20. Taman Cheras Utama
a. Jalan Setiarasai
21. Taman Cheras Hartamas
a. Jalan Setiarayai
22. Taman Bkt Segar Jaya
a. Jalan Setiajaya
23. Bandar Baru Segar Utama
a. Jalan Medan Setia
24. Taman Damai Indah
a. Jalan Setiabakti
25. Taman Minang Ria
a. Jalan Setiakasih
26. Taman Bukit Angsana
a. Plaza Damansara
27. Taman Suria Jaya
a. Taman Seri Beringin
28. Taman Len Seng
29. Taman Desa Cheras
30. Taman Alam Damai
31. Taman Maluri
32. Taman Bukit Segar
33. Taman Bukit Segar Masera
34. Taman Tayton View
35. Taman Connaught
36. Pandan Prima
37. Taman Tenaga
38. Taman Ikan Emas
39. Sebahagian Bandar Tun Razak
a. Hospital UKM (HUKM)
40. Taman Midah
41. Taman Desa Aman
42. Taman Rajawali
43. Taman Cheras Makmur
44. Kg. Cheras Baru, Bukit A & B
45. Sebahagian Kawasan Damansara:
a. Jalan Segambir
JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826
WILAYAH HULU PETALING
1. Puchong Jaya
2. Pusat Bandar Puchong
3. Taman Wawasan
4. Kawasan Perindustrian Bandar Puchong
5. Taman Bukit Kuchai
Pencemaran Ammonia Di Sungai Langat
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu
rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat
masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air
(LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup
semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran
kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.
Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan
penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti
berikut:-
WILAYAH HULU LANGAT
1. Taman Setia, Balakong
2. Desa Karun Mas
3. Taman Cheras Jaya
4. Taman Bukit Emas
5. Taman Impian Indah
6. Taman Sejati
7. Taman Bukit Sungai Long
8. Taman Taming Indah
9. Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
10. Taman Sri Indah
11. Taman Impian Ehsan
12. Taman Suria
13. Taman Kasturi
14. Kampung Baru Balakong
15. Taman Seri Sungai Long
16. Taman Seri Kenangan
17. Batu 11, Jalan Cheras
18. Taman Balakong Jaya
JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430
WILAYAH KUALA LANGAT
1. Kampung Olak Lempit
2. Kampung Bukit Changgang
3. Kampung Labohan Dagang
4. Taman Changgang Jaya
5. Kompleks Perabut Olak Lempit
6. Rtb Bukit Changgang
7. Bandar Seri Ehsan
8. Bandar Mahkota
9. Bandar Sungai Emas
10. Taman Arked
11. Taman Sri Dagang
12. Taman Ambar
13. Taman Langat Murni
14. Taman Langat Utama
15. Taman Murnimas
16. Taman Sri
17. Taman Sri Chedin
18. Sekolah Tamil Sungai Sedu
19. Selangor Dredging
JUMLAH PINTU RUMAH: 8,573
=================================

Isu air...
*eceh lama hilang tetiba muncul isu air*
ini je sempat nak habaq...
cerita lain² tu nantilah...
mood kedaung...

TERKINI daripada Syabas...
tapi tak ada pun isu catu air...
kat web tu dah terang² isu kritikal air...
huhuhu....
ikut berita...
catu air 2 hari ada, 2 hari takda...
adoih dah lah rumah weols tak ada tangki...
harap tong air besar je...
selak² la jugak baldi² yang ada...
agak² cukup tak 2 hari niiii....
ok lahhhh standby je lah...

Kena sorok air daripada budak kecik tu yang suka main air!!!


Saturday 22 February 2014

Superspot at HyppTV


Kaki bola....



Monday 17 February 2014

Bawang, Cili, Aiskrim....

Assalamualaikum....

Macam biasalah...
hujung minggu...
kalau rasa hari Ahad ada agenda..
kita kerjakan pada hari Sabtu...

Kisar bawang-bawangan...
kisar cili-cilingan...
*semua untuk seminggu, kadang berlebih boleh guna minggu seterusnya*
basuh dan bahagikan haiwan² yang dibeli dalam tapawe sumbat esbok...
haiwan² selalu tak cukup seminggu dah habis lauk...
maka standby telur...
uisss telur sepapan ye kitorang beli...
tapi bukan semata buat lauk...
ada juga buat kuih, kek, biskut bagai...
jadi jangan tetiba terkeluar suara sambil tersembur air liur berkata...
"Waaahhh beli telur sepapan"
hekhekhek!!


Wah sekuali masak sambal...
macam nak kenduri...
ahahahaha...
sebenarnya bukan jadi sambal lagi ni...
cuma tumis bawang², letak asam dan gula je...
lepas tu letak dalam tapawe sumbat esbok juga...
buat basic ramuan...
nanti bila nak masak lauk apa²...
ceduk tumis balik dan letak apa patut...
hasilnya boleh jadi...
sambal tumis, asam pedas, kari, tomyam dan apa lagi ek...
haaa kalau masak yang sumbat 1, sumbat 2 pun lagi senang...
paling senang perencah nasi goreng/mihun & mee goreng lah...
bangun pukul 6++ pagi pun masih boleh masak...
*jangan lupa letak garam, garam tak ada lagi dalam sambal asas tu hehehe*

Kalau masak gulai, lemak, sup, kurma dan sewaktu dengannya..
tak adalah guna cili kan...
masa ni penggunaan bawang-bawangan la sangat penting...
dah siap kisar semua...
lagi senang terus je menumis...
tak adalah terkial² masa tu lah nak kupas bawang²...
walaupun katanya sikit je bawang² nak masak 1 lauk...
masa mengupas bawang² tu yang kita tak sedar...
boleh cover masa buat benda lain...
tak ada beza sangat pun bawang² kisar dengan racik²...
tahu teknik jadilah lauk dan sedaplah rasanya....

Itulah caranya untuk ibu² yang bekerja menyediakan juadah...
atau tetamu tetiba nak datang memang sangat manfaat...
anak² dan bapak makan hasil air tangan ibu dan isteri...
ahkak belum bersedia nak ikut cara kak pinut tu...
esbok dia besar...
dia siap agihkan tapawe kecik untuk setiap hari...
dah plan menu hari²...
balik kerja tinggal masuk periuk/kuali je dan tambah haiwan...
pada ahkak kira oklah setakat ahkak plan sendiri ni...
ahkak pulak masak masa pagi, balik kerja tinggal perangat je...
ikut sempatlah kan pagi atau petang....

Lastttttt yang tak boleh tinggal...
perisa buah oren dan milo...


Kalau tak bos kecik berzikir kat telinga ni...
"Umi kenapa tak buat...."
"Umi tak kesian kat Muadz kan"
propa habis...
tapi kalau dah habis pun...
turn apak dia lah beli Mat Kool singgit tu...
ahkak maleh nak layan derrr....

Eh cerita aiskrim ni...
sekarang musim panas kan...
memang laku lah segala benda berais ni...
kalau jual air kelapa perisa air masak pun laku...
yaaawwwwww!!!
meh la kita doa supaya hujan turun yer....

Praktis Urut...

Assalamualaikum....

Tips ni...
nanti dah penat buat kerja...
boleh praktik...

Kerja pejabat...
tengok PC...
duduk tak bangun²...
posisi tidur tak betul...
mengundang sakit tengkuk, belakang badan dan sakit kepala...



Eh rupa²nya cara tepuk² kepala tu...
*bawah kanan gambar*
secara tanpa ilmiah..
betul gak ahkak selalu buat...
hahahaha....
asal rasa kepala bengang je...
tepuk kepala koooo....
tapi kalau mak ahkak nampak tu...
sah kena bahan...
"dah kenapa, ditepuk kepala, kepala buat main"
hahaha...
tapi ni bahan masa kecik² dululah...
dah besar panjang tak adalah dibahannya...
"lantak ekau"..lah kot...

Ok dah jom buat kerjaaaa.....


Friday 14 February 2014

Hilang sakit kepala dengan....

Assalamualaikum....

Hilang sakit kepala dengan izin Allah juga...

Itu ahkak nak highligt...
semua pun dengan izin Dia...
apa yang ahkak telan tu perantara saja...

Asyik cerita sakit kepala je kan....
sampai balik pun sakit kepala...
tahan aje lah dalam komuter tu...
berdiri...
mujur tak tumbang....
ok ok cerita macam nak mintak simpati...
sakit tu dah kurang sikit...
ubatnya minum air masak je banyak...
ada gak kakak ofis ni tanya...
"tak makan panadol ke?"
daku geleng kepala je lah...
sebabnya ubat ku menanti dirumah...
sebelum tidur ambik 2 biji...


OSTEMATRIX Shaklee

Kat link ada bagitahu bergambar part mana kat kepala yang sakit berdenyut tu...
berkaitan dengan simptom yang ada...

Nih kalau jadi macam ni sakit kepala terussss....
memang kenalah ambik 2 biji sekaligus....
lepas tu tidurrrr....
bangun tiada lagiiiii sakit kepala...
malah perut pulak mintak membuang sisa²...
bagus betul, kan....
supplement ni tak perlu ambik hari² pun...
*kalau nak ambik hari² pun bagus tapi telan sebijik je lah*
lelagik kalau yang malas nak minum susu...
baik untuk kalsium.... 
baik untuk tulang....
esok² tak adalah menggagau cari sent sendi pulak, kan...
begituuuu.....

Eh semalam ada setengah tempat hujan sekejap kan....
risau juga ni...
katanya kalau dalam 16 hari tak hujan...
air takungan kritikal...
dahlah rumah kitorang tak ada tangki....
jadi kambing pun mahal la jawabnya....

Jomlah doa hujan turun ya...

Nota Kaki:
Cik Ta, aku jawab soalan ko kat sini hehehehe....



terBAKAR lagi....

Assalamualaikum....

Petang semalam....
tengah sakit kepala sambil hadap skrin komputer...
mata dah kabur² ni...
digagahi jugaklah tengok data yang berjuta² lemon tu...
tiba² kecoh...
"eh terbakar lah!!"
sudahnya semua tengok free show...
lintas langsung daripada tingkap...
terus baik sakit kepala gua!!
ngeh ngeh ngeh...

Gambar ni officemate yang snap...
sejauh tu je la boleh snap...


Tempat terbakar tu sila tengok asap kepul² tu yer...
no wonder lah kan asap seakan gunung berapi Sinibung daa....
dah lah cuaca panas kering
memang live tengok api tu merata redah...
siap spark kat tiang letrik tu...
lokasi dekat dengan Bangsar South, Kerinchi...
simpang empat ada traffic light situ...
kat situ ada workshop dan kedai makan...
*khabarnya dah 35 tahun beroperasi pacak ngeeee*

Rata² cakap...
asyik terbakar je area situ....
mana taknya awal bulan November tahun lepas...
flat sebelah kanan tu terbakar gak...
nak tengok jelas korang google -flat kerinchi terbakar-
banyak gambar keluar...
ambik gamba yang ni sebab nak tunjuk gambar sekitar...
yang baru jadi semalam dengan yang dah lepas....


Kejadian semalam...
kawasan sebelah kiri flat seberang jalan...
refer balik gambar atas ek....
dekat² je kan...
kat situ memang rancak pembangunan...
kawasan depan flat yang tengah construction tu nak bangunkan condo...
tapak asal flat lama dua bilik je...
gambar atas yang kawasan lapang tu pun asalnya rumah setinggan...
hemmm tak heranlah kan kalau terbakar² ni....
apalah sangat nak dibandingkan kedai pacak dengan condo bagai tu semua, kenn...
takkannn laaaahhhh, kennnnn....
faham sendiri sudah....
ngeeeeee!!!


Thursday 13 February 2014

Sakit...

Assalamualaikum....

Sekarang...
mood sakit kepala...
sebab terasa satu kepala....
pagi tadi tangkap kat hidung je...
denyut²...
itupun dah tak tahan...
apa lagi satu kepala...

Officemate kata...
pergi lah chek manatahu darah naik...
"ko kan tengah banyak banyak fikir sekarang"
angguk je lah pelan²...
sebab nak layankan majlis farewell...
nanti hilang orang mempersoalkan pulak...
sebenarnya malam tadi nak menyumbang sedikit makanan...
tapi bila kepala dah weng...#APTB...

Bila dah sakit kepala macam ni...
*kemuncak kiranya otak dah tak dapat menampung nak fikir apa lagi dah*
iya...terpaksa potong 24 jam sebab dah tak mampu buat apa²...
rasa nak tidur baring 24 jam...
bila kita buat kerja kita suka tanpa ada masalah lain menjadi pendamping...
iya...24 jam memang cukup...
boleh bajet masa dengan riang ria...
iya..masalah besar kan tak ada...
*mana ada manusia tak punya masalah, kan*

Kita tak boleh jadi orang lain sesempurna mereka...
*walau hakikat tak sempurna mana pun manusia*
sebab kita bukan mereka...
kita ada kitaran kehidupan kita sendiri...
yang kena menepis segalanya, baru menjadi seperti mereka...
mereka punya kitaran kehidupan yang tak sama dengan kita...
yang membezakan kita hampir sama dengan mereka...
usaha dan nasib yang sudah ditentukan di Luh Mahfuz lagi...
kalau jaya, iya kita seperti mereka...
kalau tidak, iya kita seperti mereka yang lain pula....

Positif, optimis...
memang mudah disebut...
mereka yang optimis memang selalu menepis negatif...
dan juga tidak ambil langsung apa yang negatif...
positif dan optimis mereka...
suatu waktu jatuh terduduk...
moga akan tinggal sisa² positif...


Kehidupan kan ibarat roda...

Tak apa...
jika kehidupan kita diselang-seli dengan positif dan negatif...
supaya kita dapat mengimbangi...
rasa dan warna warni kehidupan...
tak mahulah jatuh terus longlai terperosok....
sakit tahu?!!

Nota Kaki:
Entri orang tengah sakit kepala...
mungkin isinya juga sakit-hati-minda-...
harap maklum dan harap maaf...




Wednesday 12 February 2014

Sumpah-sumpah....

Assalamualaikum....

Errr isu sumpah² tuh...
ikot suka koranglah...
macam budak² je...

Nak highlight  pasal Al-Quran tu...
baca pun tak semenggah mana...
eh serius kat rumah tu ada lebih...
kadang yang ini berhabuk...
sebab buka yang lain...
lepas ni kena tukar² la kan...
*lap² habuk*

Dah tu macam tak sedar diri memasing...

sumber asal
Betullah tu...
masa penting je kitab tu keluar...
bukan untuk dibaca pun....
cuma main *lap² sumpah* la jugak...

Haiishhhhhhh.....
kalau lah kau baca tafsir Al-Quran tu...
kau fahamkan betul²...
penuh khusyuk dan tawadhu'...
takut kau nak buat main² tau tak!!



Bubur + ?

Assalamualaikum....

Bubur + ESP?


Jangan macam² ye korang...
sakit perut wa tak tahu...
hahaha
first impression ahkak...
"Bubur campo ESP ke ni?"
dah gambar bubur lagi besar kan....
subjek utama tuh....

Menurut empunya gambar...
"Bubur ayam kak, makan dengan minum ESP campur milo"
hehehehehe!!
sabar je hakak ko ni dik....

OK nak tahu pasal ESP meh ke rumah sana...JOMMM!!



Tuesday 11 February 2014

Tips Kurus...

Assalamualaikum....

Ok...
tips bukan daripada ahkak yer...

*pandai² la klik bagi beso gambo tu ye*



5 or 6 small meals...
janganlah bantai nasi setiap 5-6 kali makan tu...
memang 'harapan'lah nak kurus....

Pastinya....
less carbo kan kan kan....
habislah tak laku la beras pasni...





Monday 10 February 2014

Menantu Jawa? Baik?

Assalamualaikum....

Haritu ada tepek ni kat FB...
macam² dapat tohmahan...
he he he...

sumber daripada sini...
Alah rilek brader rilek...
benda ni subjektif kan...
baik yang macamana pun subjektif kan....
masing² punya pendapat...

Dah ahkak jawa...
ahkak postlah...
alerr kalau lah word jawa tu tukar kepada...
banjar ke...
penan ke...
siam ke...
korang gedik² gak kan nak post....
sebab rasa bangga kat keturunan korang...
kan..kan..kan...
aler mementanglah keturunan pribumi je..
cuba tukar lagi word tu kepada...
jepun...
bombay...
matsaleh celup...
kembang kempis hidung gamaknya yer...

Ok dah melalut jauh nampaknya....
apa nak ungkap kat sini bukan pasal baik daripada sikapnya...
tapi daripada perutnya...
siapa yang tahu sifat orang jawa ni...
kalau tetamu datang, balik tak pernah lapar...
betul kan? baik korang mengaku...hehehe
mewah dengan makanan...
lepas satu, satu disajinya...
*sekurang²nya satu sajian mesti ada*
paling best menjamu dengan air tangan sendiri...
hatta cekodok tepung pun ok dah....
*eh eh petang camni teringat cekodok plak hehehe...*

Untung jadi menantu mak ahkak...
sambal goreng tak pernah missed...
menu 4 kali sehari...
pagi, tengahari, petang (mentong) & malam...
kellasss kau jah!!
belum sempat hadam...
dah tersedia menu lain dah...
sebab tu lah anak mak ahkak ni gebu...

Ahkak cakap ni hasil pemerhatian...
dari zaman lepas sekolah...
merantau berganti negeri...
duduk serumah bercampur dengan pelbagai negeri..
pulak dapat jodoh bukan orang Jawa...
nampak bermacam² situasi...
he he he...

Ok ni pasal tetamu pulak...
ada sesetengah tu...
bila dah tahu dah tetamu nak datang...
tak perlulah bertanya dengan tetamu...
"awak dah makan?, kalau belum saya boleh masak"
ishh Melayu ni kan penuh dengan bahasa berkias...
meskipun tetamu belum makan akan juga berkata...
"eh tapayah susah² je"
atau ayat begini..
"saya ada biskut ok kot? atau awak nak cekodok?"
opppsss ada pilihan pulak yer...
sudahnya ayat begini yang dibalas...
"tak apa kami dah makan"
dan itu bukan bermakna..
"ok takpayah lah buat apa²"

Apakah erti memulia dan menghormati tetamu?

Memuliakan tamu juga telah dicontohkan oleh orang-orang shalih sejak jaman dahulu. Misalkan dalam al-Qur’an  disebutkan bagaimana cara Nabi Ibrahim menjamu tamunya. Ketika Allah memberitakan kepada Nabi Ibrahim akan kelahiran seorang anak, Ishaq,  Allah mengutus para Malaikat untuk menyampaikan kabar gembira tersebut. Allah berfirman:
"Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (para Malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan salam, Ibrahim menjawab: salamun, (kalian) adalah orang-orang yang tidak dikenal. Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi yang gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka. Ibrahim berkata: Silahkan kalian makan…" (Adz Dzariyat: 24-27) - sumber

Jadi tak payahlah bertanya...
buat aje apa² yang berkemampuan...
contoh paling senang dan simple nak buat...
cekodok tepung pun boleh...
kalau kekangan masa, beli...
lapang hati tetamu...
kalau iya pun tetamu dah makan sebelum bertandang...
bila dah sampai berborak²...
bergelak gembira...
melayan anak² lagi...
tekak haus dan perut pun minta juga diisi kan...

Pasal biskut tadi...
bukan maksudnya biskut tak boleh....
namapun menghormati dan memuliakan tetamu...
sekurang²nya hidangkan tetamu yang bukan sangat jadi kebiasaan...
menjamu tetamu semampunya gitu...
apa omputeh kata, excited gitu...
tetamu nak datang...
bawak rezeki ke kita...
ahkak selalu terfikir bila ada orang nak datang je...
"eh nak jamu apa ek?"
*haa keluar dah 'ek'...Johor katakan hahaha*
nama pun ikut kemampuan...
kita jamulah ikut kemampuan kan...

Kesimpulannya...
tak kisahlah keturunan apa...
belajarlah bermasyarakat...
walaupun asalnya kita tak begitu hatta dah 7 keturunan pun...
tak salah berlajar daripada kehidupan...
berubah lifestyle ke arah yang lebih baik...
gituuuuu.....

Antara 30 wasiat Imam Ghazali ialah 
"Islam mendidik kita menghormati tetamu kerana tetamu datang membawa rezeki dan apabila ia pulang membawa pergi dosa-dosa kita"


Sunday 9 February 2014

Ceker @ Kaki Ayam...

Assalamualaikum....

Biasa weekend camni serang pasar...
untuk stok seminggu...
tapi kali ni ke pasar tani...
lama tak melilau kat sana...
sebab katanya lagi mahal berbanding pasar basah...
ikutkan lebih kurang je...
kadang murah kot sini, kat sana murah barang lain pulak...
ikutlah rezeki masing² kan....

Melilau cari haiwan...
huiii ramainya tapi selit jugalah...
tunggu turn potong haiwan bertingkek² bakulnya...
senario biasa antara penjual dan pembeli...
"bang, buang kulit"
"potong 16 ye"
"taknak dalam² (organ dalaman) tu"
"bagi dada 6 keping"
"dik, potong kecik²"
"taknak KAKI"


Oih macam² pulak kan ragamnya...
kalau organ dalaman tu memang fahamlah...
tak elok kan kalau selalu makan boleh bodoh..
*haha kasarnya bahasa*
kalau kaki ayam ni ahkak boleh terima lagi...
eh eh ahkak pun bukan kekah kaki tu...
goreng pun tak pernah....
kalau korang terbayang macam ni....


Ahkak pun boleh muntah balik....
hehehehehe.....
kaki tu kan dah siap buang kulit kuning tu...
dah potong kuku semua...
pada ahkak kaki tu ada gunanya....
rebus lama² letak halia dan bawang putih...
jadilah stok ayam...
memang berlendir sikit...
yang berlendir itulah banyak khasiat...
stok tu boleh campur bila nak masak...
tentunya masak sup kan....
campur kat mee pun boleh...
lauk² lain boleh jugaaaa....
oih banyak khasiat sebernarnya kaki ayam ni...
khasiat boleh baca SINI ye...

Sup ceker gaul dengan sambal kicap....
MeLeToPPPPPPP!!


Thursday 6 February 2014

Cukai & Rumah lagi...

Assalamualaikum....

Tahu tak...
haritu kitorang over confident..
pasal rumah tu...
tanya sales person dia bagi nombor rumah...
jadi alang² nak settle pasal cukai tanah...
kita jenguk lah sekali rumah berdasarkan nombor yang diberi...
ambik half day...
berdesup ke Seremban 2....
lagi 15 minit kaunter nak tutup...

17:18? aihhh jam dorang ni ikut negara mana ek :p
Almaklumlah orang tak pernah ada tanah...
selalu dapat cukai taksiran je...
haruslah bertanya cukai tanah ni bayar berapa kali setahun semua...
rupanya bayar setahun sekali je...hehehe....
dah selesai barulah kita jenguk rumah...
gambar rumah sama je...
kalau tak hujung situ, hujung sini...
cuma tempat je lain...

Bagi chance la bigboss enterframe...
tengah kerut dahi tu ..kachinggg kachinngg!!
Masalahnya kan...
kitorang dah bener² keliru ni...
kalau ikut plan rumah, letaknya tempat lain...
apesal lak rumah ni tengah dunia pulak ni...
jadi ambik keputusan nak pergi ofis pemjau...
sampai tutup pulak, beraya gong xi fa chai lagi rupanya...
haihhhhhhh....

Jadi kita tunggulah seterusnya apa cerita..
poning mocik ngan pocik gini...


Depan rumah bebetul rumah 2 tingkat...
dahlah 2 tingkat, corner lak tu..
haishhhh musti berada juga kan...
pastu terfikir macam tak privacy pulak...
yelah kita ni duk setingkat...
nak keluar rumah walau tepi rumah...
siram pokok ke...
petik daun kari ke...
tak bolehlah togel kepala ye tak...
sebab anggap orang depan ada kat tingkat atas gitu...
huhuhuhuhuuuu......
apapun hadap je lah...
dengan penuh redhoooo...
huehuehue



Wednesday 5 February 2014

Membotol secara Berjemaah

Assalamualaikum....

Yang kecik 9++ bulan..
Yang besar 4++ tahun...

Marilah membotol secara berjemaah...




Sekian....



Tuesday 4 February 2014

Alam di Utara....

Assalamualaikum....

Cait..
kata nak buat publish entry kan..
tapi satu pun nan ado...
cuba buat entri dari kampung...
rupanya tak masuk...
akhirnya sekian sajalah....

Baru nak asah mood setelah 5 hari bercuti...
kita tepek gambar alam je lah dulu...
dengan ucapan...
"siapa kata Perlis nak turun salji?"

Tengahari panas jugak...cuma angin je kuat...jadi sejuk...
Dahlah panas siap bakar lagi...perghh..
Petang angin lagi kuat...
Masa ni belakang rumah...
feel rambut mengerbang² macam mak lampir uols...

Motif?
Bunga apa ni ha?
asalnya pokok ni tumbuh celah sudut batu tu je...
macam rumput tu...
biar je lah...
sekali tengok kau siap berbunga....
layankan aje...



Ni kat highway waktu pagi...
masih area Kedah...
perjalanan balik ke sarang semula...
gabungan kabus dan matahari...
diatas hamparan sawah padi...
SUBHANALLAH...


-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...