Tuesday 29 October 2013

Raya Haji haritu....

Assalamualaikum....

Cerita raya haji...
*cerita basi dah, minggu depan nak masuk raya diwali dah pun*
raya haji kali ni...
mertua buat korban...
kongsi² dengan adik beradik dan biras....

Kat sini korban dekat rumah je...
jadi bila kat rumah ni...
cuma ada tukang sembelih dan sedara-mara je...
dan jiran berdekatan yang nak tolong melapah...
dan bila kat rumah dapatlah tengok live....
kalau kat masjid selalu ramai orang kan...
kita pun yang perempuan ni kadang tak daya nak menyibuk kat tempat sembelihan....
tengok gambar je lah ye...






Ish ish ish...laki sape la tu...
kena bahan je tu sbb pakai baju elok sangat nak kerjakan lembu.....
Kakak baju hijau tu sekeping je badan....
tapi kekuatan dia hentak tulang rusuk jadi kecik sangat teruja....
Ahkak tolong timbang daging sekilo² je lah...
untuk diagih² kan....
nak kerjakan dah ramai yang buat....

Musykil juga kenapa gambar budak kecik tu tak ada yer....
mungkin sebab dia duduk bawah pokok teman Tok Abah dia...
sambil tengok lembu kena lapah...
jauh daripada tempat mak² ni yang kerjakan daging kan...

Lepas tu pergi ke rumah² pulak agihkan daging...
memang bau lembu la kitorang hari tuuuuu.....
mana yang tinggal kat rumah tu...
operasi bakar daging dan masak sup...
memang berlemak lah semua sup tu....
larat makan seround je...
masuk 2nd round kepala dah berdenyut²...
ahakssss....

Ok itu je cerita raya haji....

Friday 25 October 2013

Lagu SS Sem Sen...

Tetiba..
bersiaran dimalam hari..
bru lepas tgk Super Spontan (SS)
oh ini lagu yg selalu Semut Sentap (Sem Sen) nyanyi..
*taip entri gna blogdroid, jadi x pasti nampk ke tak video..




Tuesday 22 October 2013

Salam Petang...

Assalamualaikum....

Uhh...
naik kerja minggu ni...
jadi sibuk...
yelah orang lain minggu lepas dah masuk kerja...
ahkak baru munculkan diri minggu ni...
clearkan emel yang asyik penuh...
bukan setakat clear je...
kenalah bertindak ikut yang tertera kat emel tu kan...
macam hari ni dah pergi talk setengah hari....
sebab tu petang macam baru boleh bernafas....

Banyak entri tertunggak...
pasal hari raya haji...
pasal birthday anak dengan mak...
pasal nak wat party kat taska minggu depan...
walaupun date birthday Mu'adz dah lepas...
hehehe....

Ada orang tu part time jadi party planner...
tunjuk gambar menu....
serius tak terfikir cemana boleh jadi camtu....
cemana mi tu leh masuk dalam sosej?


Rupa²nyaaaaa.....


Cucuk je lah...
mi spagheti kan keras...
lepas tu rebuslah kannnnn....

Ok bai....



Wednesday 16 October 2013

Aidil Adha Hari Lahir..

Assalamualaikum...

10 Zulhijjah/15 Oktober
Salam Eidul Adha...
Fahamilah erti pengorbanan...
Doa mereka mendapat haji mabrur...
Selamat menjalani ibadah korban..

11 Zulhijjah / 16 Oktober
Selamat Hari Lahir Muadz Firas
perjalanan kamu masih jauh...
ummi dan abah berusaha bekalkan kamu..
Iman dan Taqwa...
hanya itu...

Friday 11 October 2013

Hari Ini dan Esok...

Assalamualaikum....

Sebelum tu aku nak bagitahu...
bukak Suria.fm...
terdengar suara Mamat...
bekas vokalis Exist tu...
"..duhai bonda, duhai ayahanda..."
aku macam "eh lagu raya??"
baru teringat raya haji minggu depan...
ishhh teruknya aku sekarang...
hilang segala ingatan...

Esok berkelana kami anak beranak...
pulang ke utara...
berbekalkan pertahanan yang kukuh....
maklumlah perjalanan siang...
kalau malam dah biasa dan tak ada adegan luar biasa...
kalau siang ni...
harap maklum heroku sorang tu...
mahu setiap R&R berhenti ni....
dengan persiapan bekalan isi perut...
itu harus sebab faham² je lah makanan kat R&R...
orang pun mesti ramai...

Tak tahulah suamiku itu...
tetiba bertukar plan jalan siang...
jangan suruh aku drive sudah...
aku dah tenat kepala seminggu ni...
dengan tempahan kulit tat...
coklat untuk orang kahwin...
petang semalam kereta tenggelam pulak...
rasa nak hantuk kepala kat dinding...

Aku harap bertukar angin bercuti seminggu ke kampung sana...
dapat menukar angin aku yang tak berapa elok...
sejak kebelakangan ini...
udara kota metropolitan yang penuh dengan debu² kota...
aku nak tinggalkan semuanya....
hirup udara desa yang belum terpalit noda...

Ya aku harap...
walaupun aku tau bakinya masih menghimpit diri aku...

Semoga selamat perjalanan korang pulang ke desa tercinta....





Thursday 10 October 2013

Tiada Ucapan Lagi....

Assalamualaikum....

Terjaga tatkala mereka lena...
hati disagat rindu....
yang tak berpenghujung...

~Jika RINDU itu dadah, akulah penagih yang paling tegar disaat ini~

Hanya doa....


10 Oktober 2013....
3 tahun pemergiannya....

Al-Fatihah...
untuk..
Allahyarham Haji Mohd Sidik Bin Haji Rafiee


~KENANGAN~

2009 -- bulan September hanya 4 entri..saat aku menunggu kelahiran putera pertama...
2011 -- Setahun...
2011 -- Tiada lagi ucapan...
2012 -- Rindu yang Tak Bertepi...
2013 -- 3 tahun...

Gambar Sekolah....

Assalamualaikum....

Semalam...
teacher whatsapp gambar ni...


Where is he?
yang comel...
yang hensem...
yang haluihhhhh.....
itulah Muadz Firas...

Lahai haluihnyaaa kamu nak...
tak padan dengan gen makpak kamu!!


Wednesday 9 October 2013

Hulurlah....

Assalamualaikum....

Dalam pada kita...
dilimpah rezeki...
dikurniakan kesihatan...
dimakbulkan apa yang dihajati..
diperkenankan segala impian...
diberi kebahagian...
jangan lupa...
semua bukan milik kita...
kita sebagai 'alat' untuk mereka..
membantu mereka...
menghulur segala...
untuk saham akhirat kita juga...

Siapa yang prihatin isu Syria atau sewaktu dengannya...
pasti akan hiba....
hulurlah ke...
TABUNG KASIH UMMAH SYRIA....

Tujuan adalah mencari dana...
berbentuk wang...
bukan barang² seperti selimut atau baju sejuk...
sebab semua ni perlukan kos pengangkutan dan macam² lagi...
jadi bila dengan duit boleh membeli keperluan penting kat sana...
dan juga membantu ekonomi untuk pulih...
ada aktiviti jual beli disana, kan....

Sekarang ni dah masuk musim sejuk...
keperluan utama...
khemah, selimut, pakaian dan makanan...



Terima Kasih kepada...
Dr. M. Munawwar M.Hatta
Pakar Perubatan Kecemasan, PPUKM.....
yang telah datang mengusahakan mencari dana dan bantuan...
dan menceritakan pengalaman beliau disana....

DOA dan harapan kita sebagai senjata orang mukmin...
hulurlah.....


#37 : Muadz Mana?

Assalamualaikum....

Terjenguk² tengok plate gambar kahwin abah dan umminya...
hanya berdua...
ummi dan Muadz...

"Ini abah, ini ummi...kahwin kan....eh mana Muadz?"

"Muadz belum ada lagi masa tu"

"Ooooo Muadz mana? oooo dalam perut umiiiii kan"

Ok soalan tipikal yang selalu anak² tanya...
pening jap nak jawab....
tapi mujurlah dia tak mendesak....
dan persoalan berlalu begitu saja....

Sambung...

"Kenapa abah tak senyum?" 
*satu kisah...lain*

Betullah...
anak memang penawar...
duka dan lara...
untuk...
bahagia atau derita....




Tuesday 8 October 2013

Cepatlah...

Assalamualaikum....

Cepatlah cecah ke angka itu....


Nak cashout dan pergi jauh...
jauhhh....
jauhhhhhh....
eceh jauh la sangat...
setakat buat entri pun macam chipsmore...



Monday 7 October 2013

Sibukkan Diri..

Assalamualaikum...

Gambar bawah ni..
minggu lepas punya..
kawan lama datang..
nak belajar katanya...
memanglah comot..
sebab kejar masa...
dia datang jenguk adik-beradik....
terus teringat nak belajar....
dapat lepas belajar kulit tat pun jadilah....

Minggu ni..
mengetat semua ni..
ada pulak yang tempah untuk raya haji..
tapi cuma kulit tat je lah..

Hemm kena sibukkan diri nampaknya..

Saturday 5 October 2013

Istikharah gitu...

Assalamualaikum....




Thursday 3 October 2013

Rindu..

Assalamualaikum...

...Terima Kasih Allah..
Kau bagi aku rasa..
Rindu...
lagi...
walau hakikatnya..
umpama bayang-bayang..
menyusur hentian masa..
bernokhtah...

Komuter
~KL Sentral-UKM~

Motif Iklan MyJodoh?

Assalamualaikum....

Motif betul...
baru perasan semalam...
buka blog sendiri...
ada iklan MyJodoh kat sidebar kiri...
*bulatan merah*
bukak blog orang lain tak ada pun????!!



Isk isk isk...
grrrr....



Mungkir Bahagia...

Assalamualaikum...

"....Menanti merasa bahagia atas sesuatu peristiwa yang belum pasti pada masa akan datang adalah satu tanda buta mata hatinya..."

Salam pagi..

Komuter
~UKM-kl Sentral~

Wednesday 2 October 2013

Andai Dapat Aku Undurkan Putaran Dunia....

Assalamualaikum....

Lama tak menulis...
eh menaip...
entah tak ada angin..
mahupun ribut taufan...
aku down...
dada sakit sarat...
bak kata kawan aku...
"macam nak tikam dada"
hehehehhh
iklan yang terbit tu pun aku gagahkan diri...
demi untuk menampung kehidupan...
*bila baca ayat ni balik rasa macam apa je hahaha*
nampak je aku ni sengih, senyum kadang² gelak kanak² ribena..
semua itu dusta....
*cehh*

"..andai dapat ku undurkan putaran dunia.."
itu yang aku post kat wall FB...
tetiba dapat ayat tu...
*kau kenapa eh?*
terngiang² pulak lagu tu...
zaman rock kapak...
kumpulan mana tah...
ok boleh jumpa pakcik google nanti...

Hari ni aku dengar ceramah agama..
oleh Ustaz Ebit Lew...
mulanya pelik sebab tak ada tajuk...
ingatkan macam persoalan Tanya Ustaz tu...
rupanya lebih kepada cerita yang dileretkan...
berdasarkan perjuangan Rasulullah...
dan perjuangan dan pengalaman beliau...
mengenali Islam....
Islam yang mahal harganya...
Terima kasih Allah yang memilih aku menjadi seorang Islam....
banyak....
aku tak mampu nak ulang suara disini...
mungkin cuma kesimpulan.....

Sebagai motivator...
penceritaan beliau banyak menyentuh hati dan membuka fikiran...
lebih lagi tentang apa yang tinggal sebelum kita meninggalkan dunia ini...
justeru aku seperti terjaga daripada tidur...
dunia, kalau boleh semua kita nak...
tapi kerana dunia juga...
kita lupa dan alpa...
dunia yang akan kita tinggalkan...
jadi apa yang tinggal untuk kita sendiri?
bukan harta...
bukan rumah...
bukan kenderaan...
bukan pasangan...
anak²...
*doa anak² yang soleh*

Cerita tentang anak...
selepas ceramah tu dalam perjalanan aku ke surau...
bertembung dengan pengurus unit sebelah dan sama² naik lif...
kalau jumpa dia aku memang kena bersedia menjawab....
"ayu, bila lagi nak yang kedua?"
hehehe aku tahuuuu itu soalannya...
"anak dah 4 tahun kan dah boleh dah tu"
maklumlah balik daripada ceramah...
jadi aku ada semangat untuk menjawab dengan senyuman...
"memang dah boleh En. A, tapi Allah belum nak bagi lagi"
dan pintu lif pun terbukak...
sesuai sangat, kan...
hehehe...

Korang rasa itu ke yang buat aku down?
salah satu mungkin ya...
tapi faktor utama aku down...
biarlah aku sendiri simpan...
sampai satu waktu nanti...
dan aku tak berharap sebenarnya untuk terjadi...
tapi aku juga tak mampu nak halang kalau itu Qada' dan Qadar dari-Nya....
siapa aku insan lemah lagi hina untuk menolak segala ketetapan...
aku mohon yang terbaik untuk kehidupan aku....

Hidup perlu diteruskan, kan....



Tuesday 1 October 2013

Promo Oktober ~Collagen Powder~

Assalamualaikum....

Mahu kulit CANTIK?
Mahu tona warna kulit SEKATA?
Mahu kurangkan KEDUTAN?
Mahu hilangkan hitam lingkaran bawah MATA?
 Mahu kulit ANJAL? 
Mahu hilangkan PARUT?

Mahu hilangkan JERAGAT?



di 




-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...