Friday 29 June 2012

Bukan Barbie..tapi Ahmad....

Assalamualaikum....

Kalau ada Gegirl...
mesti suka warna Pink..
daripada pakaian sampai ke permainan...
lebih lagi permainan anak-anak patung kan...
*tengah berangan Gegirl benarnya..Aamiinn*

Kalau ada BoBoy....
diktakdirkan sinonim dengan Blue..
tapi bila lelaki ni banyak pilihan kan..
semua warna masuk...
permainan pulak lebih kepada bola, senapang, permainan keras...
lepas tu lepuk makpak dia...
hahaha....

Jarangkan Boy ada/suka anak patung...
ngeeeeee!!!
maksud ahkak yang berupa orang macam anak patung Girl macam Barbie tu...
*ke ahkak yang tak tau?*
kalau patung Ultraman ke, UpinIpin ke, Penyu ke..
banyakkk la kan....

Tengok budak kecik ni peluk apa...


Nama Plushie Muslimin tu AHMAD yer...
masa mula² dapat ahkak tanya..
"nama ni siapa?"
terus dia sebut AHMAD...
gelihati pulak ahkak..
sebab tiba-tiba teringat lagu AHMAD *tah siapa penyanyinya*
dan lekatlah nama tu...

Masa mula-mula tak tahu juga..
apa nak buat dengan Ahmad ni selain dibuat tidur...
tak pun kene baling, sepak pun ada...
hahahaha...
kami pun cuba lah godek-godek Ahmad ni...
OHHHH...
datang idea yang bernas...
boleh ajar dia cara-cara bersolat..
angkat takbir, rukuk, sujud..
tidaklah serius sangat...
sambil-sambil kan...
jadi sampai sekarang bila pegang Ahmad..
dia akan teringat...
- angkat tangan Ahmad tu buat takbir dan sebut Allahuakbar versi pelat dialah...

Sooo sweeeet.....

Selain Ahmad ni ada juga yang lain...
banyakkkkk untuk Muslimah...
suatu pendekatan juga untuk anak perempuan kita belajar berhijab..
tak gitu....

Berminat? 
Boleh lah jenguk di kedai ~ Click2 My Shop ~
kalau patung lain boleh kita berbelanja..
tak salah untuk ke arah kebaikan..kan..
eh Upin Ipin tu patung orang juga kan...^_^

Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan : 

Adalah diharuskan patung daripada permainan kanak-kanak seperti yang dibuat daripada plastik, getah, kapas, kain dan sebagainya kerana baginda Rasulullah s.a.w. tidak mengingkarinya apabila baginda melihat dari Syaidatina Aishah r.a. sendiri. Dengan demikian, dapatIah dibuat kesimpulan bahawa membuat atau melukis gambar-gambar di papan hitam bagi tujuan mengajar untuk menerang atau menjelas sesuatu masalah yang berkait adalah suatu perkara yang harus lebih-Iebih lagi jika gambar-gambar yang dibuat itu merupakan gambar pokok, rumah dan sebagainya sekalipun ianya mempunyai rupa dan berjisim. 

Begitu juga tidaklah ada tegahan menggunakan patung yang berupa manusia atau haiwan umpamanya dalam keadaan yang tertentu sahaja bagi menerang dan memberi pelajaran kepada murid-murid kerana tidak didapati ada apa-apa syubhah penyembahan atau sebagainya kerana tujuannya semata-mata memberi pengetahuan dan pengajaran yang mungkin tidak baleh diatasi tanpa penggunaan gambar-gambar atau patung-patung. Adapun jika digunakan patung-patung itu bagi maksud memulia, membesar serta menyanjungnya atau kerana meniru perbuatan penyembah berhala maka itu adalah haram dan ditegah sama sekali, wallahua'lam.

Wallahualam...


Wednesday 27 June 2012

Drama Masterchef Selebriti...

Assalamualaikum....

Korang tengok tak..
best gak layan...
yang pasti penuh drama..
nama pun selebriti kan...
lelebih lagi si Double A tu..
hahaha...
terer gak ko masak ek
ke sebab berkat nama mak ko TOM tu..
uppss..kontroversi nanti ni..
sampai masuk politik susah plak..
ngeeee!!


Barisan selebriti yang terkeluar..mengikut turutan...
Pertama terkeluar...
1 kumpulan dengan Double A..
mesti drama kan...
muka Dr. ni shy-shy je kan :p
Nenek yang penuh emo...
masak Asam Pedas pun nak emo...he he he
Ok Sarah...dah boleh balik jaga anak dan masak pedas² untuk Shuib ek :)
Agak-agak kene bambu dengan abang dengan bapak dia tak?
MakNya ni so-so jek...
Hah ni pun drama jugek...
Mamat ni talented...
tapi kata² memakan diri..
masin mulut ye bang...
Ermmm...no komen hehe..
tapi macam boleh lah...
Mamat ni pun very talented lah...
what to do kan....
*senyum cair :p
Ok..
rasanya Dato Fazley boleh menang...
dia ada knowledge and very creative!!






Monday 25 June 2012

Hasil susu...

Assalamualaikum....

Anak korang minum susu cap apa ye?
macam anak ahkak memula dulu Anmum..
tapi bila mengenangkan harganya up..
bertukar ke Fernleaf..
lagipun masih satu company...
lepas tu menggatal tukar Dumex...
tapi bila budak kecik tu macam tak suka je..
bertukar ke Fernleaf semula...

Dan..
semenjak dua menjak ni...
murah hati tul Fernleaf bagi gift setiap kali beli susu..
eh tapi dengan Dumex dulu..
merasa juga gift woven beg 2 helai... ^_*

Ini yang baru...

Kalau beli susu memang sekali harung sebulan terus...
Saje amek 3 tahun punya walaupun ikut bulan belum sampai...
Jenis mangkuk ada sudu dan garfu...
printed Boboi Boy lagi...
sukalah beliau!!
Ini jenis tupperware petak...
2 bulan lepas punya...
Haiyoooo...
banyak pulak bekas...
selain dibuat mainan...
adalah bertabah untuk menyimpan semua bekas ye!!

Lepas ni Fernleaf nak bagi apa pulak??


Friday 22 June 2012

Assalamualaikum....

Ehemmm....
bila rasa kosong...
maka...
letak gambar ahli syurga (belum akil baligh)...
tenang jiwa...

*jeling-jeling kat Blog Header...

Eheemmmmmmm!!


Thursday 21 June 2012

Apa masalahnya ye?

Assalamualaikum....

Ragam pelanggan...
macam ni lah...
cuma ahkak tak faham...
apa masalahnya kat sini...

Pelanggan tu sebenarnya kawan lama...
jumpa pun dalam FB..
itupun sebab berkait²...
sorang dah jumpa..
jumpalah yang lain...
jaranglah pulak berchat, berwall, bercomment bagai...

Eh bacalah dulu yer...

Jadi..
apa motifnya bagitahu?
supaya ahkak kurangkan hargakah?
terutamanya untuk dia...
kawan lama...gitu?
ramai dah jumpa..
asal nak murah atau SEDEKAH..
mesti ada ungkapan...
"tak kan tak boleh kurang, Kawan Lama ni"
grrrrr....

Sayangku kawan²....
ahkak kalau nak bagi harga kawan²...
ahkak bagi..
tak payah korang mintak..
TRUST ME!!
tapi yang selalu berjual beli dengan ahkak la kan...
kalau macam situasi kat atas...
faham² lah ye...

Ahkak tengok peniaga yang dimaksudkan...
mungkin dia pemborong besar punyaaaa..
dan menjual terus kepada pelanggan dan boleh jual dengan harga rendah...
kelemahan dan kelebihan disini... 
ada juga design yang ada dan juga yang tiada...
dengan apa yang ahkak ada...

Betul..
pilihan ditangan anda sebagai pembeli..
jika dapat 'lubang' harga rendah..
beli saje dengan dia..
tak perlulah 'bakar' macam situasi kat atas...
setiap peniaga ada pengiraan sendiri...
pemborong-orang tengah-peniaga...
semua perlu ambil kira...

Kalau fikirkan awak je nak untung (kalau boleh nak FREE..tul tak?)
melingkuplah semua orang yang meniaga!

Fuhh...
SABARRRRRR....
apapun SABAR je senjata ampuh untuk orang macam ahkak...
dan blog adalah medium untuk menyabarkan diri sendiri...

"Jadikanlah SABAR dan SOLAT sebagai penolongmu.  Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang KHUSYUK " - Surah Al-Baqarah Ayat 45
Aamiiiin

Tuesday 19 June 2012

Bujang & Pengantin...

Assalamualaikum....

Baekkk..
hari ini kita marathon cerita dan gambar pengantin je lah eh...
fresh from oven ni..
biras baru bagi..
sebab ahkak tanya gambar BUJANG ahkak yang hat ni..
masa ni je lah yang mood dia adalah sangat sangat sangat sangat....BAIK...
yang lain meragam tak tentu hala...

Maka...
taraaa.....

baru nak panas enjin


Oloh...homey-homeynyaaaaa......

Kan..
kalau begini je sepanjang majlis...
kan senanggggg nak....
rasanya gambar kamu lagi banyak daripada gambar pengantin...
ha ha ha...
ini tidak meragam je la kamuuuuuu.....


Nota Kaki:
pantin jangan marah eh..
dah reveal dulu gambar daripada photog ni...
kat sini tak seramai di FB yang tengok...
kat FB tak buh pun hehehe...

Bertemu jodoh..

Assalamualaikum....

Cerita hujung minggu..
pergi majlis bertandang di Ipoh..
disebabkan nama pun bertandang..
dapatlah serba sikit snap gambar...
lagipun dah memang ahkak je usung kamera..
yang lain macik² pakcik² udoh malas nak layan snap gambar ni..

Kita tengok gambar je lah yang tak seberapa ni...
gambar sebelah perempuan kat Perlis sikit...
itupun ihsan sepupu yang bagi..
dan dah kata ahkak takde pun snap hatta sekeping :p

IPOH-bertandang


PERLIS




Akad Nikah

Oppsss terselit mak ahkak di belakang tudung hijau  duduk  sebelah kabinet tu....
Terima kasih kepada...
- mak dan abah selaku tuan rumah buat kenduri ni...

Terima kasih kepada...
- mak ahkak yang sudi bertandang rumah besan..
lepas ni dah takde keraian..
tak tahu la bila pulak nak datang...
tunggu akikah adik Mu'adz la pulak...
takpe mak lagipun mak dah banyak kali jejak utara ni ^_^

Terima kasih kepada...
- makcik² pakcik², sepupu², saudara mara yang tetiba jadi Bidan Terjun untuk semua acara...
- eh kawan mak yang cikgu tu pun kene jadi bidan terjun gak untuk sambut rombongan...
Terima Kasih ye cikgu (walaupun cikgu tak baca dan tak tahu blog saya..ehek)
- ehhhh ahbang dengan ahkak ni pun lagilah banyak dah aksi² terjunnya...ahaks...

Apapun..
semua dah selamat...

Kepada pengantin..
Selamat Datang....
inilah dunia sebenar kehidupan *_*

Terima kasih semua...


Friday 15 June 2012

Berkasual di hari Jumaat?

Assalamualaikum....

Lanjutan dari entry ini....
tengok tarikh entry tu ye..
maknanya dah 3 tahun lebih...
berkasual di hari Jumaat berkuatkuasa...
boleh baca kat link atas tu..

Dah nak masuk 4 tahun...
agaknya pihak pengurusan dah sakit mata...
apatah laki AJK Surau dan Persatuan/Badan² Islam lain..
maka baru² ini...
kesedaran sudah mula..
ibarat menarik rambut dalam tepung...

Menerusi email edaran syarikat...
Siri 1 sudah terlaksana....


Alhamdulillah...
hari ini nampak juga perubahannya...
ramai yang berkurung semula...
kurang nampak perbonjolan sana sini...
ihiks..

Eh Heelllooo...
sebagai manusia..
ahkak pun ada juga berjeans yer...
cuma masih sedar diri..
baju pun semua paras lutut..
ahaks...
biasalah manusia kan mudah lupa...
dushhhh...heheh

Lepas ni orang jantan takde la terbuntang biji mata lagi ye..
ahakssss!!




Pullman Lakeside...

Assalamualaikum....

Lama nak jalan-jalan sini..
akhirnya tercapai juga..
walaupun dah petang sangat pun sampai..
lepas tu pulak pusing keliling...
sebab tak tahu kat mana..
he he he...
motifnya satu..
nak bagi budak tu main air je..
ha ha ha...
Hotel Pullman
Dalam air pun buat aksi OTOMEN..
ko mampu? :p
Hijau kan airnya...
Hijau berlumut lah...huhu...
Gambar dah remang senja...
masa ni ada pengantin buat outdoor...
gambar dah crop..heh!
Dan kat bawah ni sumber daripada google yer...
beginilah keadaannya...
ada pasir sikit dan pokok kelapa..
cam tepi pantai la gitu...


Ok daaa....


Wednesday 13 June 2012

Cuti...

Assalamualaikum....

Gila kentang...
ahkak bercuti..
cuti blog..
cuti balik kampung..
cuti-cuti Malaysia (ye ke?)
ish tak lah bukan cuti-cuti Malaysia...
macam pergi melancong ke apa..
cuma balik kampung je..
hehehe
alah rakyat marhaein cam ahkak ni..
bila kampung jauh..
anggap lah cuti-cuti Malaysia...
sebab masa tu lah boleh singgah sana sini..
nak tunggu betul-betul istilah melancong tu...
nan hado...
jadi dapat juga kelebihan bersuamikan orang jauh...
kan ^_^

Sebenarnya...
ahkak balik kampung sebab meraikan adik ipar bertemu jodoh...
hemmm..tu lah nak buh gambar apa pun tak tahu ni..
sebab sekeping pun takde..
asalnya merajuk kamera macam nak mintak ganti je..
charging bateri hampeh tak penuh²...
handphone memang langsung tak pegang..
apetah lagi nak pegang tab 10" tu...
dah lah ke hulu hilir arrange itu ini...
takdenya nak usung tab tu..ahak...
dan memang kepala ni tahu takde siapa yang nak call kita..
jadi handphone simpan sesiap...


Erkk...gambar budak tecik pun tak tersnap..
maka..kita tunggu lah gambar official oleh puan dan tuan punya badan...
ngeeeeee!!


Friday 1 June 2012

Tajaan/Sponsor....

Assalamualaikum....

*wink*
Dah masuk cuti sekolah ni...
musim orang kahwin..
jadi kita cerita la pasal tajaan..
selalunya tajaan/sponsor ni..
kita bagi contoh..
artis la kan...
kalau dorang kahwin ada je yang taja...
ahaks...

Meh bagi contoh pertama..
ucapan artis ni bila ditaja...
"Sebenarnya kami rasa sangat kerdil apabila menerima tajaan daripada pihak yang bukannya calang-calang orang. Maklumlah, siapalah kami jika dibandingkan dengan selebriti tersohor yang lain.
"Rasa seperti berada di alam fantasi pun ada juga. Tetapi saya anggap tajaan berkenaan adalah rezeki kami dan saya percaya sepanjang kontroversi yang kami lalui sebelum ini ada hikmahnya," ujarnya. [sumber]
Manis je kan ayatnya..
yelah lagipun ditaja barang mahal dowww....
speechless gitu..
ehh itu contoh je tau...
tapi rasanya setakat ni..
artis mana pun kalau ditaja tak adalah keluar kenyataan yang tak elok kan...
semua rasa berbangga...dan ucapan terima kasih...

Emm ini pulak contoh kedua...

" B tak mintak pun Encik Y dan Puan Z sponsor apa2..cukup la Encik Y dan Puan Z hadir masa majlis...tapi dah Encik Y dan Puan Z nak tolong sponser tu alhamdulillah la..terima kasih banyak-banyak..bla bla bla " [sumbertakperlutahu]

Manis juga ayat ni...
tapi rasanya 5-10 perkataan terakhir je manis...
ayat permulaan cam errrr ......
*ok abaikan :)

Macam ahkak dulu kahwin...
abang dan kakak ipar ahkak ada taja kad kahwin...
bila orang nak keluar duit untuk kita..
kita serahkan je pada diorang nak buat cemana..
sama jenis kad, material atau KOS..
semua atas diorang...
lagipun yelah keluarga tahap pipit..
kita terima je lah sumbangan diorang..
lagipun sebagai abang dan kakak ipar mungkin itu je sumbangan yang diorang mampu ke kan...
kita terima...
kad tu takde lah lawa sangat..
biasa je..
tapi syukurlah lawa juga :)

Ok..
yang ni serius ni...


menaja doorgift for wedding maksu budak tecik ni...
untuk bagi kat budak²...
haruslah budak tecik juga yang menolong kan...
rajin dia tawww...
tolong ummi dia...
ini Mashmallow je packing kecik²...
sesuai la kan untuk budak²...
sesuai ke bagi orang tua?
*garu-garu dagu...



-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...