Friday 30 September 2011

Dress baru yang tanteeeeek

Assalamualaikum....

Sticky Entry sampai 12 malam 30 September 2011


dan banyak lagi di Click2 My Shop


Sesiapa yang ingin belajar berniaga kecilan untuk tambah pendapatan boleh mendapatkan item di Click2 My Shop dengan harga pemborong serendah RM100 untuk PELBAGAI JENIS pilihan anda...

Untuk HARGA WHOLESALE & maklumat lanjut email ke click2myshop@gmail.com

Nota Kaki:
*Inilah caranya ahkak boleh tolong sesama tambah pendapatan...jual dengan pelbagai, kalau terus dengan pemborong besar dorang kene beli banyak 1 barang yang sama dengan kuantiti 1 lot...jiran-jiran ahkak kebanyakannya surirumah...ahkak jual dengan dorang dengan harga rendah supaya dorang boleh menjual dengan harga semasa....jual dengan kaum kerabat/kat tempat kerja suami dan sebagainya....ada yang jual online juga...




Oh Baby TV...

Assalamualaikum....

Tiada kata mampu aku ucapkan...bila semuanya berkaitan dengan DUIT!!! arghhhh...

Channel 618

To all Astro subscribers, thank you for watching our preview of Baby TV - the world’s first channel dedicated to infants, toddlers and their parents.

The preview will end on 30th Sept. Subscribe to Baby TV now, on Astro channel 618 at just RM 5 per month.

To subscribe, call 1 300 82 38 38 or SMS: ASTRO<space>10 digits Astro Account Number#babytv and send to 32888. (Eg. ASTRO 1234567899#babytv)

Standard telco charges apply. For Terms and Conditions, log on to www.astro.com.my




Anasir luar biasa...

Assalamualaikum....

 Budak yang dah sehabis boring...nak main mainan membukit dah muak..tengok2 main dalam bantal besar...anak oh anak...

Tak lama lagi nak masuk 2 tahun dah...sekejap je rasa...sejajar dengan perkembangan seusia kanak-kanak sebegini...dia termasuk kategori aktif dan lasak...sesuai dengan BOY...orang yang tengok pun penat...apatah lagi ahkak ni sebagai mak dia...tak terkata...syukurlah dia membesar dengan sempurna macam kanak-kanak lain...yang pasti setiap kanak-kanak ada kekurangan dan kelebihan...

Dia sangat petah sekarang...sangat sangat petah....apa orang cakap semua dia nak ikut...tak terlalu pelat...bunyi S dengan R memang masih belum mampu bagi usia kanak-kanak seperti dia kan....kalau sebut MASAK jadilah MACAK...(ni gara-gara dia main bukak tutup bekas lauk sambil sebut macak-macak) - sekadar satu contoh...

Dan jadi masalah sekarang, kalau dibiarkan tak tahulah apa jadi...(macam rasa nak berhenti kerja jaga sendiri!)....tapi tu lah kita pun bukan sempurna..kadang2 terlepas cakap tapi tidaklah yang sepatutnya...berbeza bila dalam jagaan orang lain iaitu pengasuh....dan sekelilingnya anak-anak kecik yang tengah membesar...

Butir percakapan yang keluar daripada mulut dia berbunyi kasar....contohnya KAU!.....weh ahkak laki bini takde lak ajo cenggitu...ishhh.....jangan kata ajo..bebunyi camtu pun tak....ada lagi tapi tah ahkak blur lak nak ingatkan....apa lagi biji butir....tapi yang keluar memang tak sepatutnya....errr yang cam mencarut tu tak eh...kalau terdengar ahkak pensan agaknya....harap takdelah...harap sangat!

Dia sangat petah sekarang...sangat sangat petah....(ulang lagi sebab nak tunjukkan sangat kepetahan dia hahahhaa)...apa taknya....kita gelak pun dia ikut...cakap sepatah pun dia ikut...hishhh....

Macam baru ni keluarga pengasuh datang beraya....maka cerita ceritilah..melayan anak ahkak...gomol-gomol..tiba-tiba laki pengasuh sebut "lu"...bunyi cam samseng je....cam cite gangster tu kan...adui hai....rupanya selama ni bukan anak-anak dia punya anasir...tapi ORANG TUA!!!.. (tapi tak nafi gak la anak-anak pengasuh pun menakal sama...cakap pun kasar juga...bab anak-anak ahkak boleh je nak tegur...memang selalu kalau ada silap dimata ahkak...ahkak tegur je budak-budak tu...tak kira la ada mak dia ke tak....tegur elok-elok guna psikologi jugek maknak)...masalah sekarang....

Nak mengajar orang tua yang susah ni!!....pulak jenis bukan senang diajar....asyik dia je yang betul....susah tau....ahkak tengok masa tu muka ahbang dah lain sangat...sebab dia pun cam terkejut...

Sekarang ni kitorang tengah cari jalan cam perangkap....masa betul-betul dia keluar kata-kata camtu...kitorang terus je attack slowly....

Macam tu jugak cara kitorang tangkap malaun yang membuat onar pasal kabel asterok asyik tercabut je tu...dah slow talk dengan family mangsa....sekarang Alhamdulillah....tapi akan datang tak tahulah...

Mencabar nak mendidik anak-anak sekarang...


Wednesday 28 September 2011

Di penghujung Syawal

Assalamualaikum....

Bagus...

Kuih raya tinggal serdak baru nak tayang gambar raya tak seberapa...sungguh tak seberapa...sebab tema yang sama..maroon...ahbang pakai baju tahun lepas jua...ahkak? sama jua..cuma ada tambahan kaler biru sebab kain tu dah siap tertinggal kat kampung...yang BARU siapa lagi...si kecik lah...

Mu'adz Firas....dengan abang sepupu dia Hairul Iman...

Pink..hamek ko..bujang ahkak pakai pink ahahaha!..

Masa kecik ni la leh buli pakai pink..dah besar sok? soheh takmo..kannnnn!!....lagipun ni bukan pink jambu tu...pink gelap sket..kat gambo cam terang je...huhuhu..pastu ada jalur2...

Ok itu aja...

Nota Kaki:
*Jangan sentap gambar ini je yang ada...berniat nak cari baju sedondon raya haji nanti..huahuahua


Tuesday 27 September 2011

Air Nostalgia....

Assalamualaikum....

Eh air pun ada nostalgia ek? ye lah air Syabas sekarang bawah RM10 ahkak tak pernah pun bayar...penggunaan selalu RM6 jek..haibat!haibat! *hebat!...
Eh ini bukan air paip ke ...air tangki ke..ape ke...ni air minum gas cam kat bawah ni...

hasil google
Dulu kecik-kecik selalu belasah sampai sakit perot..apetah lagi kalau belasah yang OREN...mesti ceri-beri hahahaha....pulak tu dulu arwah Yayi ada kedai runcit...cucu2 la belasah amik..hish...tapi yang kelaka...waima ada perisa pelbagai..kitorang masih juga panggil AIR OREN...sarsi ke, merah stroberi ke..tetap panggil AIR OREN ahhahahaha!....baru tahu rupanya nama AIR LONGCAN....tu pun adek sayam ahkak yang bagitahu...hahaha...

Dah lama tak jumpa....raya baru ni balik beraya kat kampung....merasa air gas ni...gas tak kuat...smooth jek....oh nikmat! tapi masih juga tak berani belasah lebih...kang tak pasal setiap rumah tumpang toilet hahaha!

Kemain dorang nih..minum air macam apa je...pulak disulam dengan kuih raya...memang nikmat oooo!!

Budak ni plak..tau dia tengah buat apa tatkala orang lain mabuk OREN?

Loncat-loncat!!!

Suka sangat dia loncat-loncat....seronok kemain...yelah bila loncat berbunyi keriuk lantai tu....ahkak ni risau rebah je rumah orang...tau je la kan rumah kampung dah berzaman....berlantai atas tinggi juga la.....lepas tu panjat kat tingkap...kalau debuk cam nangka busuk sapa nak jawab??

Perahsantan...

Assalamualaikum....

"Cik....nak bayar bil masuk ikut pintu mana?"
"Tumpang tanya Cik...toilet kat mana?"
"Syarikat Uni*** bukak kaunter kat mana ye Cik?"

Perasaan? Perasan? Perahsantan!!!!
Sudahlah kau..mentang-mentang jari manis takde cincin berselirat...perasan kau ye...perasaan masih sunti...auuwwwww!!....

Kebetulan la...hujung minggu lagi jari ahkak ni tak disarung cincin pun..sebab cincin bersemayam belakang sofa...tak payah la teka siapa punya kerja....dapat agak dah kan....ahkak dok sibuk sangat main masak-masak kat dapur tunggu tetamu datang...dia pergi main cincin-cincin ahkak...sudahnya togel la jari ahkak pergi kerja semalam..dan juga hari ini..dan mungkin sampai hujung minggu lagi....sebab ahkak tak kose nak heret sofa berat tu...tunggu cuti je lah...

Oleh itu, kejadian semalam tu berulang 2-3 kali beb...CIK...adeh...kebetulan kan..macam la orang tu nak telek jari kau kan..perasan!


Friday 23 September 2011

Patung Hiasan berbentuk...

Assalamualaikum....

Ahkak sebenarnya nak cari hukum hakam pasal patung atas kek...tapi terjumpa berkenaan PATUNG HIASAN RUMAH macam gambar dibawah..

Mesti ada diantara kita puan-puan ni minat seramik paten/bentuk camni...kalau english style tu selalunya bunga je....

Ahkak kongsi gambar dan soal jawab daripada Puan Nor (puan blog) dengan Ummu Haslina iaitu isteri kepada Ustaz Zaharuddin....

SOALAN :

Salam saudari Haslina
Saya adalah pengunjung setia blog saudari. Sekadar ingin bertanya saudari mengenai hukum ini... mungkin saudari tahu dan dapat mencari jawapannya..Apakah hukum menyimpan patung berupa itek, ayam, chef atas alasan dekorasi/hiasan. (Sila lihat attachment)Trend sekarang org menghias rumah dengan patung itu.. ramai yg beranggap ia dibolehkan. Betulkah? Jika haram apa nasnya...

Saudari boleh tengok contoh2 patung yg org dok buat hiasan dalam rumah sekarang ini...tersusun cantik sebagai english dekoarasi style..kebanyakkan dari seramik.Teruja untuk menghias rumah dgn benda2 itu tetapi was was hukumnya.
Harap saudari dapat membantu

JAWAPAN :

Salam, Nor.
Semoga sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah SWT hendaknya.
Jawapan bagi persoalan tersebut :


Islam tidak melarang umatnya untuk menghiasi rumah agar cantik dan menarik seperti meletakkan jambangan bunga, hiasan pemandangan pohon-pohon menghijau dan lain-lain hiasan yang halal. Walaubagaimanapun, Islam menegah dari sikap berlebih-lebihan padanya. Hal ini termasuklah menghias rumah dengan patung-patung.. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Katakanlah, “Siapakah yang mengharamkan Perhiasan dari Allah yang telah Dikeluarkan-Nya untuk Hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?” Katakanlah, “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat.” Demikianlah Kami Menjelaskan Ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.” ( Surah al-A’raf 7:32)

Rasulullah SAW sendiri tidak senang jika seorang muslim memenuhi rumahnya dengan lambang-lambang kemewahan dan berlebih-lebihan atau lambang-lambang kemusyrikan.

Islam mengharamkan patung

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung.” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syeikh Dr. Yusuf al Qaradhawi mengatakan bahwa jika patung-patung yang tidak bermaksud untuk mengagungkan, juga tidak ada unsur kemegahan, maka Islam sama sekali tidak melarang dan tidak memandangnya sebagai dosa. Seperti permainan untuk kanak-kanak dalam bentuk anak patung manusia atau haiwan dan lainnya, kerana semua itu hanya sebagai hiburan bagi mereka.

Ummul Mukminin Aisyah RA berkata,

”Saya biasa bermain-main dengan anak patung di sisi Rasulullah SAW dan teman-temanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan anak-anak patung itu karena takut kepada Rasulullah SAW. Akan tetapi Rasulullah SAW suka dengan kedatangan mereka itu, lalu mereka bermain-main denganku.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Didalam riwayat lain diterangkan,

”Pada suatu hari Rasulullah saw bertanya kepada Aisyah,’Apa itu?’ Aisyah menjawab,’Anak-anak perempuan ( anak patung perempuan )-ku.’ Beliau bertanya lagi,’Apakah yang ditengah ini?’Aisyah menjawab,’Kuda.’ Beliau bertanya lagi,’Dan apa yang di atasnya?’ Aisyah menjawab,’Itu kedua sayapnya.’ Beliau bertanya lagi,’Kuda yang mempunyai dua sayap?’ Aisyah berkata,’Apakah engkau tidak mendengar bahwa Sulaiman bin Daud mempunyai kuda yang memiliki beberapa sayap? Lalu Rasulullah SAW tertawa hingga kelihatan giginya.” ( Hadis Riwayat Abu Daud)

Anak-anak patung perempuan yang disebutkan di dalam hadis ini adalah anak patung yang biasa dibuat bermain oleh anak-anak gadis dan anak-anak kecil. Waktu itu Aisyah masih muda usianya ketika beliau baru saja bernikah dengan Rasulullah SAW. ( Rujuk : Halal dan Haram hal 116 )

Begitu juga anak-anak patung yang dijadikan bahan bantu mengajar untuk memberi faham kepada kanak-kanak. Maka ia dibolehkan.

Walaubagaimanpun, anak patung yang dijadikan hiasan rumah seperti contoh gambar-gambar hiasan yang ditunjukkan dalam lampiran emel tempohari adalah termasuk dalam larangan Rasulullah SAW, kerana ia menunjukkan kemuliaan terhadap patung-patung tersebut. Maka hukumnya haram dan perlu dijauhkan.

Wallahu'alam.

Semoga membantu ye :)
SOALAN LAGI :
W/salam Haslina
Alhamdulillah..terimakasih banyak-banyak atas huraian panjang lebar. Ada orang kata ia bergantung kepada niat. Kalau niat kita tidak bermegah dan bukan utk dipuja patung-patung itu hanya sekadar hiasan maka ia dibolehkan. Benarkah pendapat ini? Sebab semua amal perbuatan kita bergantung kepada niat.

Sy tunggu lagi jawapan dari Haslina...
sekali lagi terimakasih..
JAWAPAN :
Salam, Nor..
Menjadikan barang-barang itu (barang-barang itu merujuk kepada patung hiasan spt ayam,itik dan chef- nota oleh mrsnor)sebagai hiasan menunjukkan si empunya memuliakannya, sedangkan Islam melarang barang-barang itu dimuliakan. Jauhkan sebarang perkara yang memungkinkan kita termasuk dalam larangan tersebut dan buatlah yang benar-benar dihalalkan oleh agama.


Rasanya banyak lagi barang-barang hiasan seperti ukiran dan lain-lain selain dari patung-patung tersebut :)


Wallahu'alam

Moga memberi manfaat kepada kita pompan-pompan ni...hehehe



Thursday 22 September 2011

Jamu Raya

Assalamualaikum....

*mode merudum nak update blog lah...huhuhu...

Jamu pertama untuk bahagian je...tapi buat ala kadar je...takde feel nak bergambar...tulah siapa punya idea tah unit besar ke unit kecik...pastu tempatnya ke KL...kalau kat sini mesti meriah...ramai je boleh tambah menu...hias itu ini...ok lupakan perkara dah berlalu...

Jamu kedua untuk Group...tempatnya di dewan...ha ni baru meriah sikit...sebab ramai banget....eh gambar-gambar ni pun ehsan daripada akak opis ni...ahkak kan pemalu haha...tengok gambo je lah ye...

 Sebelum tu ada gak la tolong hias dewan ni....gambo atas tu siap ada kiri kanan bunga..cam pantin dah...
tapi yang boringnya...penyambut tetamu beramai2 blok...baik tak payah buh benda tu...bukan orang nampak pn....

Gambo orang atasan.....


Gambo orang bawahan....


Itu aje...ahaha...makanan tak kose nak amik gambar dey.....orang cam semut...masuk perut sendiri sudey.....

Wednesday 21 September 2011

Lawak petang...

Assalamualaikum....

Kakak A : Ayu...siapa nama mak eh...Puan Z eh...tah siapa cakap tadi..mak Ayu Puan Z...

Ahkak : Hahhh? Mak?? siapa cakap?

Kakak A :Ada la tadi dalam ramai-ramai masa jamuan tadi...siapa? Puan Z eh?

Ahkak : Eh mana ada kak..mak saya dah warga emas...kalau mak saya orang kuat T* (nama syarikat)...takde la saya jadi kuli ni kak...at least kulikutif band 2 ...hahahaha

Adui siapa mulut longkang menjaja nama gua dan match dengan orang besar T* (nama syarikat) nih...aiya....

WW : Nerd tak?

Assalamualaikum....

Gambar terbaru...saja suruh amoi kedai tu susun spek...ni tak tahu la spek ke berapa...abah dia punya keje...


Nerd tak?

Tuesday 20 September 2011

Inilah hasilnya...

Assalamualaikum....

Amatur saja...tolong kawan untuk majlis perkahwinan adik iparnya....sambil asah skill..sebab tu lah ahkak MC boleh pensan gamaknya minggu lepas (tapi taklah pensan ye tak...cuma penat melampau).....layan gambar je lah ye...nak taip panjang pun tak larat ni...kerja melambak tak hengat....

Inilah hasilnya...

 
 Hantaran untuk nikah

 Makan-makan untuk tetamu sebelah pengantin lelaki....

Oleh itu, ishtihar TEMPAHAN dibuka...errr yang dekat je ye..senang nak delivery....


Monday 19 September 2011

Cuti kita..

Assalamualaikum....

MC hari ni sebab daripada pagi dalam sejuk ekon..tiba-tiba perut memulas..sayang tido diamkan je...tapi tak boleh dah menahan...sekali, dua kali, tiga kali....eh empat kali....lepas mandi lima kali...ok sudah....mintak MC je...mahunya meragam dalam tren selama 40 minit perjalanan...siapa nak jawab? bau perfume original...

Biasalah...hari cuti...selagi dalam Syawal....beraya...open house....merayap...

Eh ok takde masa nak bebel...kata MC..harus melepak sambil kuis kacang dalam balang sambil tengok tv..lepas tu tv tengok kitorang...daaa!

Friday 16 September 2011

Selamat Hari jadi Malaysia...

Assalamualaikum....



Double Celebration today...with Merdeka Day on 31st August....

Eh..tetiba cakap bahasa penjajah plak...

Eh...kata Tanah Melayu tak pernah dijajah....jadi apa relevan 31 Ogos 1957?



Nota Kaki:
* Patutlah aku failed sejarah spm...sejarah putar belit...terbayang lantunan suara Dr. Daniel.....

Wednesday 14 September 2011

Selamat Tinggal Sayam....

Assalamualaikum....

Setelah 1 tahun 3 bulan bersama...

Malam nanti bakal berkelana sehingga ke pantai timur...semoga bahagia kamu disamping cik puan baru yer...moga kamu dipelihara seperti diri ini mengusap lembut tubuhmu...

Dan pastinya daku mencari pengganti dirimu....yang lebih menwan dan tertawan....dan yang penting memudahkan urusan kerja seharian.....

Satu pilihan yang sukar...sebab daku bukan jenis tukar-tukar gadget sentiasa...memang amat sukar membuat pilihan....

SGT kah?? Ipad kah? Acer Iconia kah? Lenova kah?

Argghhhhh!

Tuesday 13 September 2011

Raya iv - Suatu hari dihari raya

Assalamualaikum....

Pertama kali di pagi hari raya ahkak sekeluarga menziarahi pusara bapak...sebab tahun lepas giliran ahbang...ini tak termasuklah yang balik hujung minggu tu....

Masih terbayang di ingatan....perginya 26/05/2010 sehingga sekarang....masih baru kan?
 Kakak ipar, anak buah dan mak...errr baju pink terselit tu si Mu'adz Firas..heh...

Sebak...tengok rumput mati...pokok tanam hujung kaki pusara tu pun mati....batu nisan pun hitam padahal baru je buat.

Kakak kata TERkena racun rumput masa orang jaga kubur tu bersihkan kawasan sekeliling...pusara arwah ni betul2 tepi...dekat dengan jalan...rumput banyak naik....orang jaga kubur tu kata nak ganti semula...sampailah raya tak buat2.......harap2 bila kami balik lagi dah dikotakan janji untuk baiki semula dan subur balik rumput dan pokok atas pusara tu....biar menghijau...kami tak bina binaan lain dah..batu bata itu sahaja....berbanding pusara lain pelbagai rupa dan bentuk....yang penting syariat Islam kita pertahankan....

Moga arwah bapak Haji Mohd Sidik Bin Rafiee dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin....AL-FATIHAH......

Monday 12 September 2011

Dugaan Cupcake

Assalamualaikum....

Rentetan daripada entri Cupcake Birthday....nak cerita pasal dugaan buat Cupcake ni....

Haritu takde mood nak update entri sebab kepala tengah serabut fikir Tragedi Cupcake (TC)...sebab malam tu bakar Cupcake tapi hasilnya...ya ampunnnn...apesal ko keras....cek balik resepi, sama je...dan bukan tak pernah buat..resepi tu lah selalu di pulun dengan hasil yang membanggakan...naik elok dan halus mulus..#meratapmaknak...2 kali buat...adunan tah berapa dah...kali kedua tu dengan harapan jadi....tapi tak jadi jugaaaa....keras!...

Ikut hati boleh je nak guna sebab nanti letak krim akan lembut jua...tapi itu kan dah tak ikut piawaian..pe org kata kalau kat kilang, QC cek boleh rejected....lagipun ini tanggungjawab..orang bayar untuk dapatkan produk yang elok...tanggungjawab penjual bagi output elok juga....lagi satu pasal balasan...uwaaa itu yang ahkak takut...kene soal sok kat 'sana'...bukan ahkak yang jawab...Cupcake tu kang yang bercerita...haaa takut tak??....Takpe lah ahkak rugi sikit sebab adunan tu....asal hati ahkak puas bagi kat orang...dan orang puas hati dengan hasilnya....

Dan ahkak pun buat siasatan kenapa keras....macam profesor je buat kajian....godek resepi orang...sama juga bahannya kecuali berat timbangan la kan....mula-mula ahkak attack kat gula...gula ising dan gula castor...eh sama ke? eh tak sama kan? ehh tu la ehh ni la...buat fikir confuse sendiri je....padahal boleh je guna dedua....sudahnya cuba dedua sama juga keras...adoihhh......komengaaaaa???....akhirnya ahkak bertafakur depan bahan-bahan bakeri tu...tengok satu-satu...segala tepung...rupanya....

Bukan salah tepung juga...tapi salah CAP tepung!!!!!

  INI YANG KITA CARI!!!

BUKAN YANG INI!!


Huhu tapi rasanya cap wau lebih persamaan dengan cap sauh...tapi ye lah nak buat cemana...tak beli cap wau...beli cap jenama pasaraya ni...tersilap capai daaaa.....sabo je lah...buat malam-malam...mata pun kadang-kadang tak makan saman nak terpejam....pastu main capai jekkk huhuhu....tapi boleh kalau nak guna tepung ni kalau buat biskut atau shell tart...kalau kek OSAH lah ye!!

Ahkak yang boleh dikatakan selalu juga bermain dengan tepung pun boleh tersilap...itu namanya Pengajaran....


Beraya...

Assalamualaikum....

Sesi beraya bermula...itupun memenuhi jemputan kawan sekerja ahbang...itupun ahbang tak kerja hari Ahad..kalau tak, tak tahulah dapat pergi ke tak beraya...



Kelasss kau siap kad undangan Majlis Rumah Terbuka...nama pun Dato & Datin...Openhouse family dia...jadi merangkumi kawan-kawan anak pun sekali la...ada juga macam terperasan orang-orang satu kampeni ahkak...cuma berlainan unit...kadang-kadang macam terperasan bila naik lif ke..kat cafe ke...hehehe...

Sambil tu boleh lah singgah ke rumah kawan...itu pun masa terhad....

Cilok gambo kak...blog beliau..

Terima Kasih kak Rizana @ Viva Biru & Abang Awie.....orang kata takyah susah...tapi terhidang juga mihun dengan rendang...dan si Mu'adz yang menyepahkan sofa dengan lantai dengan biskut samperit...sedap biskut acik buat ye nak....^_^...dengan ucapan...peramah tak ahbang saya tu? ahahhaha....

Nota Kaki:
*Gambar semasa beraya takde...hahaha....

Friday 9 September 2011

Cupcake Birthday...

Assalamualaikum....

Dugaan tau buat Cupcake ni...setelah lama gantung oven...cerita dugaan tu next entri eh...tak jumpa gambar sepatutnya...entri dah draft dah tuh...

Asalnya dia request kek ada nombor tu untuk harijadi anak dia...tapi dah suntuk...tak sampai seminggu nak....#nantipengsanmaknak....jadi Cupcake je lah senang....


Tema kereta dan bola...tapi bola tu tak berapa jadi...blank sudah...sebab dah suntuk....

Untuk diri sendiri - practice make perfect....tu lah selalu buh deco tuk hantaran je...suh wat deco cenggini dah nak pitam..ahahhah...

Wednesday 7 September 2011

Raya iii - Santapan mata

Assalamualaikum....

Agak-agak puas tak korang makan makanan raya?


 RENDANG?

 SAMBAL GORENG?

 KETUPAT NASI?

KUAH LODEH? (pucattt)

BISKUT RAYA....enterframe la kan bila lagi...

Rasa minggu ni macam nak masak semula la lauk raya.....tetiba terasa ditekak selama seminggu ditinggalkan masa kat kampung....eh?


Petepetebang!!

Assalamualaikum....

Pagi tadi memulakan operasi cupcake...tapi sebelum tu kene berjimba melayan kerenah si kecik ni dulu,,,melasak kemain...semenjak acik payid dia bagi kete kontrol...asik mintak je...tapi awal-awal dia naik sofa dulu...baru la godek remote...pastu menakal je la kejenya...ahkak memang tak boleh buat kerja apa-apa selagi dia belum tidooooo...tengok cite DendamSundelBolong dah habis pukul 11 malam pun dia masih taknak tido...bila umpan susu ajak tido...NANAK...huwaaa....ahkak surrender mata dah mengantuk, lagipun nak bangun awal sikit untuk projek cupcake....sudahnya ahkak pass ke ahbang je...ahkak masuk bilik sambil TATA kat dorang..ahahaha....

Bila bangun mencari la resepi ahkak tulis sesiap sebelum tido tuh....puas mencarik....bila jumpa...tadaaaaaaaaa!!...

Siap ada gambar PETEPETEBANG!!!

Apo la dua beranak ni buat malam tadi masa ahkak lena tido...berkarya yek??....atas resepi ahkak plak tu...[resepi telah diolah, tak jamin ye sapa nak ikut]...sah yang lukis tu abah dia la...yang conteng tu YA mesti si kecik....siap lukis gambar PETEPETEBANG = kapal terbang...hehehe...panjang kan dia sebut...wahaha...kelakar je...dulu abang sepupu dia sebut IBANG je (mak dia cerita)...tapi si kecik ni berebut sebut kapal terbang jadi PETEPETEBANG...tak pun PETEBANG je...

Ummi dengan abah pun tak pernah naik PETEPETEBANG nak...huhuhu...

Tuesday 6 September 2011

Raya ii - Lemang tak jadi

Assalamualaikum....

Tahun ni giliran Selatan....ahbang dalam kepala dia pulut..pulut...pulut...biasalah orang Utara...lemang & ketupat pulut...kekdahnya kena merentas mencari lemang...ketupat pulut ada tapi tak sempat nak beli orang lain dah kaut semua..adoiyai...nak buat? mahap...ahaha...

Hari Ahad tu ahbang dah meroyan nak lemang...abang ahkak melayankan je dengan belanja lemang 4 batang siap rendang...kebetulan pergi arah Kota Tinggi...cari penyakit panas-panas berjalan ke sana haha...masa balik tu singgah kat tepi jalan jual lemang...area PULADA rasanya....


Tulis banner situ Lemang Kedah...

Asalnya 1 lemang ahbang pilih tu pakcik pakai kupiah tengah belah lemang tu suruh cari lain...tapi tu lah bila dah sampai rumah...hancusss lemangnya....1 batang beras pulut sajeee...yang lain pun macam masak tak masak je...sabarrrrr je lahhhh....gambar tak teringat nak amik..ye lah org kuciwa kan....sebatang RM10 tau...tapi besar jugalah....

Selepas solat raya...dorang cari lemang lagi.......yang ni tak jauh pun...dekat je dengan rumah....nampak berasap je...

Kali ni kat banner tulis Lemang Negeri Sembilan pulak...ha dah macam2 nama negeri keluar...padahal kat Johor...

Hasilnya...puas hati...walaupun ahbang tak puas hati mana...sebab lemangnya lembik skit...tapi masak lah..daripada kene telan beras pulut berderai tu....

Ahkak rasa dulu masa kecik susah nak nampak lemang kat Johor ni...biasalah paling pemes pun Ketupat nasi...kalau ada pun Burasak (makanan orang Bugis)...dah besar ni la baru nampak ketupat pulut dengan lemang ni...ye lah kan ramai orang luar agaknya...jadi makanan biasa lak sekarang....

Sampai sekarang ahbang mengidam Ketupat Pulut tuh...tak merasa lagi katanya raya ni...aduii mana nak cari eh??


Raya i - Merdeka - Biskut Dahlia

Assalamualaikum....

Baiklah...cerita pasal raya...mula dari part i..tak tahulah sampai part berapa...ikot suka...*padahal takde banyak mana pun cerita raya...ehehehe...sambil update cerita semasa..selang-seli kunun...*macam la rajin nk update..huhu...

Selamat Menyambut Merdeka yang dah lepas....eh merdeka tenggelam dek raya kan...dah nama pun perayaan terbesar adalah Hari Raya...apapun double celebration memang selalu terjadi kat Malaysia tanah airku ini...syukur...

Eh ini kuih raya last buat...lepas tu tak daya dah....tajuknya BISKUT DAHLIA...ber'gaduh' dengan ahbang ni..dia kata tempat dia sebut SAMPERIT...apa2 je lah bang...ahahhaaa...



Nota Kaki :
* Entri duk lama dalam  draft..adjust skit..dah lepas Merdeka pun ha...huhu


Monday 5 September 2011

Kembali bersiaran..kembali bekerja...

Assalamualaikum....

Fuh berhabuk blog...ada entri tapi dalam draft...raya kan...nak mengadap skrin pun bukan boleh sangat...baru nak tekan kibod, orang beri salam...tengah idea mencurah kedengaran suara superMAK suruh panaskan lauklah, buat air lah...belum lagi HERO kecik wat konsert...Allah budak kecik tu manja hazabedah sekarang dia ....dah tu malamlah kununya nak qada' update blog..harammm...tidur lagi nikmat!..

Selamat Bekerja...dan selamat sambung cuti pada yang masih bercuti....sekejap lagi lah update apa yang patut...daaaaa...


-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...