Tuesday 29 March 2011

Ahad...

Assalamualaikum....

Ahad...



Ke Pulau Carey kita....tak tahu jalan..alamatnya belasah ajelah....tanya kawan² macam² versi ada....kawan ahbang, kawan abang ahkak...lum lagi kawan ahkak..tapi dah tanya dah semua tak tahu hahaha....meredah je lah apa yang patut....bertolak pukul 3 petang sampai 5 petang...hahahaha lagi....buta jalan camni lah....atas nama berhati²...lambat asal selamat...:p



Ishhh takdelah...bukan berkelah atau memancing...tujuan murni nih..menghantar abang ahkak berkursus kat sana....atas nama syarikat dia Sime Darby...dah tempat kursusnya kat sana....aduh duh duh....sepanjang jalan selepas Telok Panglima Garang dah masuk ke Sime Darby Plantation tu amat sunyi dan menyeramkan ahahahaha...ada rumah pekerja tapi sorang umat pun tak nampak....aiyooooo.....ada pejabat pos, balai polis dan hospital...pun tak berorang....tiba² teringat cerita seram.....wakakakakka!!...Balai Polis = cerita Bukit Kepong...Hospital = cerita indon seram jek...http://www.emocutez.com



Remang senja dah....inilah kawasan penghujung pulau la rasanya...sebab bau laut...dengar ombak..tapi tak nampak...yang nampak kawasan penginapan dan tempat kursus.....


Jadilah tak jumpa pantai pun...jejak je lah kat jalan tar nih...ahaha.....jalan-jalan pusing sekejap....redup dan nyaman...memang bahagia la tenang..tapi tu lah...seram gak sebab sunyi...nama je ada kereta banyak...tapi sorang umat pun takde koooo.....ni kalau ada kursus...kalau takde? lagiiiii laaaaaaaaaahhhh.....[nak dapatkan sebijik sehelai seluar pendek cam dalam gambar tu boleh terjah Click2 My Shop ye]



Sebenarnya nampak juga signboard ke pantai bila keluar dari kawasan pondok pengawal Sime Darby tu...tapi setelah menelek minyak tinggal suku....dan pulak signboard tak tulis berapa jarak....risiko besar ok....kang tersadai abis minyak kat pulau...matikkk.....dah la sepanjang jalan tak jumpa stesyen minyak...oleh itu...PULANG marilah PULANG....



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Sabtu....

Assalamualaikum....

Sabtu....

Ahbang membawa anak isteri ke tempat interview kat Ara Damansara.... interview pukul 2.30 petang...siap dah kami sampai sana...tapi dekat sejam gak lah tunggu interviewer...ofis takde orang..hanya amoi yang sambut kami hehehe....oleh itu, si kecik ni bebas lah ke sana kemari buat ofis cam rumah dia....isk isk isk...

Frontdesk....nice & simple...tema alam..ada pokok hijau dan kaunter ala kayu gitu...nama pun GREEN...:)...tenang je duk dalam ni...lagipun mana ada orang ahahaha....


Tak payah cerita banyak...mula je abah dia masuk dalam bilik yang dekat sejam juga dorang BUAL...siap gelak-gelak...adeh...si kecik ni pun bantai tido atas sofa...nak tau apa ada dalam beg ajaib kiri dia tu....diaper? siap! air masak? siap! tuala? siap? susu? penting..siap!....tak lupa...SEBUKU roti kismis juga...ahaha....persediaan nak handle dia kalau nakal kemain...maklumlah ofis bukan rumah...[nak dapatkan sebijiksehelai seluar pendek cam dalam gambar tu boleh terjah Click2 My Shop ye]

"Ummi ni nak gi berkelah ke..nak anto abah

interview je tau ummi"...mungkin ini adalah rintihan sanubari belaiau semasa ahkak menyumbatkan sebuku roti kismis dalam beg ajaib beliau....http://www.emocutez.com

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Friday 25 March 2011

Ada aku kesah?

Assalamualaikum....

Sumber daripada emel



Ada aku kesah jika laki aku tak makan


Ada aku kesah jika laki aku tak minum


Ada aku kesah jika laki aku tak ada tempat nak tidor


Ada aku kesah jika laki aku entah kemana peralatan mandi mandanya


Ada aku kesah jika laki aku entah kemana kain bajunya



Ada aku kesah jika laki aku tak dapat layanan aku


Ada aku kesah jika laki aku menjengah pulang


Ada aku kesah jika laki aku hendak kepergian


Ada aku kesah jika laki aku nak kemana



Ada aku kesah jika bibirku pudar ketika berdepan dengan laki aku


Ada aku kesah jika tiada wangian ditubuhku ketika suami aku dekat pada ku


Ada aku kesah jika pakaian ku lusuh ketika dipeluk suami ku


Ada aku kesah jika suami ku telah terlelap tanpa aku disisi


Ada aku kesah jika suami ku tidur dibontoti aku



Tiba-tiba aku menjadi resah dan ambil kesah .....



Ketika telefon laki aku berdering di dinihari


Ketika laki aku berbalas SMS entah dengan siapa


Ketika tubuh laki aku wangi tapi bukan dari perfume miliknya


Ketika laki ku pulang kerumah dengan perut yang kenyang


Ketika solat jemaahnya tidak lagi bersama aku


Ketika tidurnya membelakangi aku


Ketika hendak pergi dia selalu tergesa-gesa



Kini .... laki aku dah langsung tak kesah dengan aku.




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Thursday 17 March 2011

Comel & Cute...pewitt...

Assalamualaikum....


Gua sudah jatoh chenta dengan ini botol lah...dan jatuh juga poket gua kalau camni....






Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Promosi Hebat...

Assalamualaikum....

Pernah dulu cerita pasal BROADBAND kan...walaupun ahkak dah ada Streamyx....masih juga perlukan Internet yang boleh bawak sana sini sejauh mungkin...maklumlah kami nih hujung-hujung kampung halamannya...utara-selatan...


Sebelum ini kuciwa bersama si BIRU dan si MERAH...sekarang masih terus setia bersama si KUNING....itupun bukan bulanan...ahkak hanya guna DIGI PREPAID INTERNET PLAN sahaja....nak guna cuma TOPUP..beli saje topup digi biasa macam guna nak call tu...cuma kod topup je lain...mudahh jee...eh pengguna Biru & Merah pun leh je guna Plan ni tau....tak semestinya line digi sajok.....*wah promo free ni haha....

JOM KLIK BAWAH ni....




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Wednesday 16 March 2011

Wordless Wednesday

Assalamualaikum....


Memang sungguh lah "wordless wednesday...today..."



Ce kira berapa patah perkataan je yang ada....

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Tuesday 15 March 2011

Botol susu lagi...

Assalamualaikum....



Hah isu hangat ye sekarang ni...selain gempa bumi & tsunami di Jempol Jepun sana...Hari ini isu "Kenapa tunggu 2012 haram botol susu polikarbonat"...katanya....

“Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,”

Pulak dah.....tapi bila dah keluar amaran camni....mencegah lagi baik dari mengubat...kan....ye lah indusrti nak tukar mesin bagai perlukan juga masa....atas kita je lah nak lebih alert ke tak dengan isu ini....sebab rasanya isu ni beberapa tahun lepas dah diwar-warkan cuma takde lagi hitam putih daripada kementerian kan....

Ce tengok perbezaan gambar ni...

PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan. *Gambar Berita Harian*


INFO: Bisphenol A (BPA)


  • Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
  • Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
  • Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
  • Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
  • Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
  • Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
  • Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:

  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

    Dan ini gambar dari blog ini.... mengenalpasti jenama botol susu yang BPA FREE....



Selamat meng-audit botol-botol anak anda yeppppp....hahaha



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Monday 14 March 2011

Pengharaman Jenis Botol Susu

Assalamualaikum....

Info PENTING ni untuk ibu² dan bapak²...



dari KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA & BERITA HARIAN



Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Jadi, sedia maklum kan BPA FREE adalah amat mahal...sebagai alternatif lain boleh cari jenis yang berwarna biru diatas.




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Cuti sekolah...

Assalamualaikum....

Cuti sekolah bermula lagi ye...apa yang berlaku?



  • jalan raya adalah sangat aman tanpa berlari berkejaran bersama bas berwarna kuning dan pengangkutan budak sekolah...
  • 8.40 pagi parking kat ofis adalah kosong...ramai bergembira...ye lah cuti sekolah bermakna mak pak kene cuti gak berholiday....
  • ofis adalah KOSONG ye...tak ramai yang ada...ini boleh mengakibatkan keboringan maha....dasssyattttt....dasssssyaaaaaatttttttttt....bagi orang yang tak cuti...hahaha....

DAN...

  • rutin setiap cuti sekolah...gubeso akan turun untuk menziarah cucunya!!..haa sekarang ni mertua ahkak ada la tu kat rumah...melayan cucunya yang dah pandai makan macam-macam...*beliau pun seronok lah sumbat macam-macam....

TETAPI..

..
  • rutin setiap cuti sekolah jugak.....tren komuter mesti penuh time petang...masa orang balik kerja tu lah....orang balik shopping....budak-budak balik dating!!!...yang terasa sayu pilu hati kalau ada budak/baby dibawak sama....tangisan dorang dah boleh meruntun hati....ce bayangkan nak naik tren cemana kalau semua orang serbu setiap kalo tren sampai....tersepit...himpit...kepanasan dalam tren lum kira lagi.....

JADI..


  • Sesiapa yang nak bawak anak kecik/baby berjalan naik tren...TOLONGLAH jangan bersaing dengan orang balik kerja atau waktu puncak!!!....



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Friday 11 March 2011

Serbu cuti-cuti

Assalamualaikum....



Nak pergi cuti-cuti ke? Serbu ke MATTA FAIR...dah mula dah hari ni...esok lusa mesti lah padat sendat kan....hari tu teringin juga nak pergi..nak cari tempat dekat je dulu...cari ketenangan..hahaha *tak habis-habis aku ni dengan ketenangan....http://www.emocutez.comkasik hantuk kepala sket!...

Tak pun boleh JOIN SINI NAK PERGI COTI-COTI...mana tahu rezeki ke kan...syurgaaa tuhhh dapat jalan-jalan obersi...ehehehheheheh!!....KLIK BANNER BAWAH NI PUN BOLEHHHH....




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Boleh buat RM ni...

Assalamualaikum....



Kenal menatam ni tak? COMEL GILE kan beliau???


Apa ChurpChurp tu plak??? Kalau COMEL kene lah churp-churp (cam bunyi CIOM plak) hahaha...OK OK...tipu..tu info salah....OK infonya adalah...


.....mostly korang semua ada Nuffnang kan...ini kira anak syarikat Nuffnang gak lah....iklan juga...lebih banyak kita involved lebih la kita dapat....(ye ke?)..alah daripada kita merungut tak buat apa, tak dapat apa...lebih baik menCUBA buat sesuatu untuk dapat RM kan..kan..kan...(untuk MUSLIM jangan tick iklan tobacco & alcohol masa pendaftaran nanti yeppp!)....boleh guna Twitter, Facebook, Blog dan pelbagai lagi media untuk iklan....nak tahu kene tengok sini...



Nak ajak korang join...buleh buat RM beb...ahkak lama dah join...cuma tak aktif..ini macam insaf la nak gegarkan balik...orang lain dah berzaman siap dah cash out RM lagik...ahkak baru terhegeh...takpe pelan-pelan kayuh...






Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Azam Jumaat

Assalamualaikum....

Boleh tak nak pasang azam..orang kata tak kira azam bila-bila pun...berazam nih...*ha ye la ko azam bagai..sok² terbengkalai gak huwah-huwah-huwah....

Nampak orang lain sangat rajin berupdate hanya dengan letak entry Churp-Churp sahaja...

Itu yang berazam tuh sebab iklan dari Churp-Churp ini punyalah banyak...kesian beliau di anaktirikan oleh ahkak!...isk isk isk!

Untuk itu marilah ahkak merajinkan diri untuk Churp-Churp ini!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Thursday 10 March 2011

Kawan lama?

Assalamualaikum....

Semalam ni..lama pulak tak letak kat status YM link blogshop ahkak....ahkak pun letak lah...tak lama selepas tu...ada orang tegur.....lupa plak nak print screen kat YM semalam...ye lah tegur pun dah petang remang...kepala ingat mahu pulang ye...lebih kurang lah dialognya...

"Wah, ayu dah bukak kedai ye....anak...duk mana...bla bla bla"


"Nak Pyjamas code..bla bla bla..."


Proses biasa ahkak suruh isi borang...


"Ada diskaun tak...boleh la...KAWAN LAMA ni....bla bla bla.."


Alhamdulillah juga, masuk rezeki.....bersabar sahaja dengan kerenah manusia....nama pun manusia...hihihi....cuma nak ingatkan kepada teman²...BERNIAGA ada etikanya...http://www.emocutez.com



Nota Kaki: KAWAN = zaman sekarang istilah boleh pelbagai...



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Wednesday 9 March 2011

Aku menulis bukan kerna NAMA....

Assalamualaikum....

Semenjak ahkak tukar link blog ni..macam tak berapa meriah...tapi tak apalah...tujuan ada blog ni untuk menulis menaip apa sahaja...bukan macam retis kan..nak orang kerumun macam gula....ada tuh yang addict pasal Advertise....kalau orang tak ramai jenguk memang mencacatkan iklan....dah dapat ganjaran jaja dapat berapa....tapi tu hak mereka lah....ahkak pun ada iklan nu ha...ada rezeki, ada lah...nak terlampau sangat pun..kita berfikiran positif je...ada lah rezeki tu lalu ikot lain...alhamdulillah.....http://www.emocutez.com

Seperti ahkak ni...menaip ikut suka...ahkak lebih suka cerita pasal kehidupan....hal keluarga yang terlalu peribadi tidak lah....gitu-gitu je buleh lah....terlalu ekstrem nak cerita pasal anak pun gitu-gitu je lah....tapi terpulanglah kan..blog sendiri hahaha nak cerita apa pun...lalat² tak boleh la nak kacau...diam-diam sudah yer...pergi jaga blog sendiri....sukatikaulahnakceritaapapun...adaakukesah....

Nawaitu.....AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA...tak gitu pakcik Ramli??.....jom hayati lirik dalam video pakcik Ramli Sarip ni nyanyi..http://www.emocutez.com

Tuesday 8 March 2011

Pelangi Petang :(

Assalamualaikum....

Tengahari tadi mengulit Facebook...ternampak Syerah post link...rasanya dalam blog dia tak cerita...gigih ahkak klik dan baca...ternyata sesuatu telah berlaku...terjadi...KEHILANGAN....ahkak baca pun lompat² sebab tau kalau terlalu menghayatinya akan banjirlah seluruh jiwa raga hatta karpet ofis nih..iskkk...*tipu betul!

Lirik Pelangi Petang disini...

Walaupun sebelum ni ahkak tak pernah hantar anak ke nursery...tapi baby sitter dan nursery dua medium yang serupa...apa-apa boleh berlaku dan berdoa agar TIDAK BERLAKU...dan keadilan pasti terbuka suatu hari nanti...

AL-FATIHAH adik arwah AKMAL HARITH....damai kamu di Sana...


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Hijrah?

Assalamualaikum....

Angin ape tah...semalam ahbang bersuara...

KITA BERHIJRAH NAK?

Terus pusing kepala ahkak....

Monday 7 March 2011

Harga SUSU naik lah...

Assalamualaikum....

Semalam hendak memborong susu si tetik...dah agak dah...sebelum ni kat kedai biasa beli tuh habis stok...mencari kat kat pasaraya...ada...borong 4 kotak...refill buh dalam tin....sekarang cari lagi di kedai biasa ada...tapi sudah naik harga...dan kuantiti pun kurang....wahh tekanan begini...naik RM10 tawwww!!...kalau dulu 2 kotak RM46.90...sekarang dah tambah RM10..sendiri kira....daripada 650g sekotak jadi 600g sekotak...ah ah ah!!....



Ini gambar kotak lama...sekotak masih lagi 650g...memang pek 2 kotak sekaligus...gambar kotak baru google pun tak jumpa..huhuhh....ada tambahan 2x DHA la ape lah..huwaaa huwaa huwaaa....


Dulu pernah cuba Dumex Dugro...Dutch Lady...si tetik tak puas minum lah...pastu muntah...aiya...Anmum gak dia ok...S24 lagi lah mahal...hauhauhaua....
Ada google ni orang jual murah sikit dari kedai...leh percayakahhh?? mana tokei nih dapat stokk ekkk...takut plak tiruannnn...




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Perubahan....

Assalamualaikum...

Dah lama tak cerita pasal anak sendiri kan...si tetik tu...banyak perubahan berlaku sejajar perkembangan umur dia...kalau tidur selalu pandang dia dari atas ke bawah...ehh dah nak sama panjang dengan ahkak je gayanya...hahaha....

Semenjak dua ni BS seronok bercerita...tiap hari masa ambil si tetik ada je dia nak cerita pasal si tetik nih...memang takdenya lah ambil si tetik terus balik...ada lah sesi melepak kadang-kadang dekat setengah jam hahaha....ye lah seharian kan dengan BS...BS yang banyak nampak perubahan dia...tapi mujurlah juga masa merangkak, berdiri, berjalan ahkak yang nampak dulu..huhu...sweetttt memory...

Sekarang...
Mu'adz Firas dah pandai tidur sendiri...letak je lah kat mana-mana...kalau mengantok dia dah tahap maksima...konpem lelap!...macam malam tadi dia baring kat peha abah dia...pastu golek-golek ke bawah sikit atas kaki...tak perasan sebab sibuk gelak tengok HKLBK yang khatam tah berapa kali...tengok-tengok dia dah mengiring ke kanan tidur beralaskan kaki abah dia!...huhuhu...terus angkat letak atas katil...

Dan kebiasaannya..
Si tetik ni nak tidur naik atas katil sendiri...bersulamkan susu atau air masak...golek-golek kene ada orang teman...ahkak la selalunya...tu yang selalu hanyut awal tu...haaa tidur lah dia....sampaikan kat rumah BS pun dia pergi masuk bilik cari katil....hahaha...adui la budak ni....BS masa mula-mula tu terkejut sebab yang lagi 3 orang tu ada dok bergelimpangan tidur kat depan tv...tapi dia takde...ingat hilang ke mana...tengok-tengok atas katil...http://www.emocutez.com

Tengok lah...main bola pun nak kat atas katil....http://www.emocutez.com


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Friday 4 March 2011

Simbah asid...

Assalamualaikum....

Rentetan dari emel :


From: Nor Fatimah Abdul Ghani Sent: Thursday, March 03, 2011 9:46 AMTo: Noor'aini Abd Rahman; Iza Syafinaz Suhin; Norhaslinda Mohamad; Rosnani Binti Zakaria; Wan Nazuha Wan Daud; Ummi Ammarah Mohamed NorbekSubject: Hati-Hati

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar adik-adik sekelian pagi ni? Semoga sihat semuanya.
Kengkawan semua kak nor ada satu berita sedih tau pasal bos kak nor.
Ptg semlm masa bos kak nor balik dr pejabat beliau dah disimbah asid oleh seseorg,.
Beliau tak mengenali penyerangnya. Tp bukan bermotifkan dendam sbb menurut polis semlm je Termasuk exec kak nor ni seramai 4 org dah kena
sekitar tasik titiwangsa.
Penyerangnya menurut beliau seorg berbangsa India.
Dan menunggang motosikal. So berhati-hatilah kengkawan semua. Naik je keta tu
terus kunci pintu.
Naik kereta jgn buka tingkap. Bos kak nor ni dia sedang memandu dgn tingkap terbuka.
Semoga ALLAH melindungi kita semua. Beliau sedang dirawat di HKL.

Lagi...

From: Farah Nadiah Zainuddin Sent: Friday, March 04, 2011 9:38 AMTo: Mohd Shaiful Muarif Mohd Arshad; Zakiah Waty Muzakir; Norsham Abdullah Sani; Mahani Mohd AliSubject: RE: Hati-Hati


Farah kenal mangsa yang kena simbah asid tu, nama dia A**** A** A**….Exec di TM
Setapak, husband dia Exec kat Annexe.
Kesian….tak pasal2 kena simbah asid….
Takut la dengar kes ni sebab farah pun drive kereta sorang2 balik Shah Alam….
Semoga Allah melindungi ku & semua pemandu2 especially kaum hawa…

Dan lagi...

From: Mohd Shaiful Muarif Mohd Arshad Sent: 04 Mac 2011 9:34To: Zakiah Waty Muzakir; Norsham Abdullah Sani; Mahani Mohd Ali; Farah Nadiah ZainuddinSubject: RE: Hati-Hati


Polis sedang siasat….di Bangsar juga 6 mangsa simbahan asid petang
semalam…mungkin bermotif provokasi….

Lepas ni yang bawa kereta pun kene pakai helmet la gayanya....aduiyai...gila la k*****g nih...memang betul² namanya k*****g GILA!!

Hati-hati yer....tawakal kepada Allah SWT...mohon doa dipelihara kita....


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Thursday 3 March 2011

Promosi Produk DCL 2011

Assalamualaikum....

ENTRY MELEKAT!



PROMOSI Produk + KeAHLIan



Pakej JIMAT ni..beli barang dengan harga JIMAT...


Tarikh tutup Promosi BILA-BILA MASA sahaja...




MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI YEP!!




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Wednesday 2 March 2011

Resepi Chilled Oreo Cheesecake

Assalamualaikum....

http://www.emocutez.com
....Atas permintaan ramai di FB..ececece..padahal permintaan mami mia ni..haha..katanya nak share resepi dengan kawan² dia...jadi ahkak tepek la semula resepi ye....gambar kek di SINI...tak kuasa nak upload lagi sebab gambar blogspot kat sini kene blok...ciss!!!


Bahan Base:

  • 330g biskut oreo (asingkan krim, krim jgn buang)
  • 70g butter/unsalted butter


Bahan Kek:

  • 250g cream cheese (keluaran Tja)
  • 200g whipping cream
  • 1 sb gelatin (keluaran Halagel), larutkan dalam air panas sampai tak berketul
  • 1 sb lemon (guna limau nipis je )
  • Krim biskut oreo yang tak bagi buang td...
  • Biskut oreo tanpa krim..patah 4...klu tak letak pun takpe...kalau letak jadilah mcm gambar tu..ada filling kat keknya..

Cara:

  1. Mixer cream cheese dan baru masukkan whipping cream dengan kelajuan sederhana selama +-5 minit.
  2. Dalam tempat lain, satukan gelatin dan air lemon.
  3. Masukkan 2. ke dalam adunan 1 tadi...mixer sekejap.
  4. Masukkan krim biskut oreo...mixer sekejap.
  5. Masukkan kepingan biskut oreo yang dah patah 4 tu dan kacau.
  6. Keluarkan Base daripada peti ais dan masukkan adunan kek.
  7. Simpan dalam peti dam 4-5 jam atau semalaman.
*Tak guna gula sebab dah ganti dengan krim biskut oreo yg sangat manis gile...whipping cream pun guna yg manis...
*Nak tebal doublekan adunan lah yer..Resepi asal dari internet tapi dah lupa sapa punya...seperti biasa 'derhaka' pada resepi asal....http://www.emocutez.com

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

Orang tak cukup akal...

Assalamualaikum....

Aduh...letih baru beredar sikit semenjak dari Penang...penat pun tak hilang lagi....terabai je blog...oleh itu kita kisahkan je la kan...sampai lewat juga malam Isnin tu lebih kurang 9.30 malam...kepala dah berfikir baju tak iron...nak masak untuk anak esok pagi..larat ke tak ni..haha...

Tup...tup...tup! sampai rumah bukak lampu....yilek!! apesal gelap??? wahhh ni mesti fius turun lagi ni...ok cek semua bagai...segala apa kebarangkalian fius dah cuba...gelap jugak! http://www.emocutez.comFYI, ahbang tak balik sama dengan ahkak...dia pergi dengan kereta lain bersama kawan sekursus balik pun macam tu lah...ahkak yang sampai dulu dengan si tetik dan mak usunya...

Nih...apa cerita nih...malas nak fikir...kuatkan kaki panjat tangga ke rumah BS kat atas mintak tolong suami dia tengokkan...suami dia pun pergilah siasat...kebarangkalian segala fius button bagaiiii.....akhirnya....ce korang tengok apa yang takda dalam gambar tu....hangin!!!


Ni kalau sampai subuh takda menatam bulat merah tu...sampai bila pun tak leh terang rumah....HILANG tahu...kene CURI la ni...adoiiiii!! http://www.emocutez.com


GILA la orang yang buat ni..takda otak...kekdahnya call la TNB...sorang ke sorang dia pass call...macam tak caya je kata fius hitam tu hilang...sebab katanya kalau takde menatam tu sebab orang TNB yang ambil sebab tak bayar bil!!...wehh bil rumah yang terbaru RM34.80 je tauuu!...merasalah tunggu juruteknik TNB lebih kurang 45 minit...nasib lah rumah BS atas je..boleh lah jugak regang kaki kepala badan semua sambil tunggu....dan si tetik boleh menumpang mandi...

Juruteknik TNB datang just pasang je fius hitam tu...dia pun tak terkata apa...cuma Wallahualam...ye beriman sungguh ye beliau....sabar je haku....

Dan petang semalam wat julung yang tah ke berapa kali tah...wayar Asterok kene rentap lagi!!!....Apalah dosa kitorang....http://www.emocutez.com..itu baru duduk rumah flat...lum lagi bagitau nak pindah banglo....grrrrrrrrrrrrrrrrr....

Nota Kaki: Amekkkk...ikon seme hitam....ralat sugguh la haih....

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?...CLICK HERE...

-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...