Friday 28 August 2009

Masak...

Malam tadi dok alih² siaran TV...*maklumlah siaran terhad akibat tak sedekah kat astro tiap² bulan... terpicit punat butang nombor 9...TV9 la tuh....terpampanglah rancangan GM=Gadis Melayu...tapi takdelah teruja sangat nak mengikutinya....sambil juga alih² siaran rancangan lain...balik semula ke rancangan GM tu sebab terpandang yang kali ini mereka diadili yang berkaitan dengan MASAK...wah cam best jek...nak gak tau siapa terror masak....

Lokasinya di Banting, Selangor...pertempatan Jawa dan tentunya makanan Jawa...walahhh...tetiba rindu kampung nih!! pulak tu ternampak salah satu menunya SAMBAL GORENG JAWA!..hehehehe....tulah motif sebenarnya...hehe...

Eh pandai ke mereka ni masak eh? lalalalaaaaaaaaaaa...

Jurinya, Juliza Adlizan & Dato' Jamali Shadat....haa tu dia...memang pure Jawa dah tuh....

Senang cerita, amik je kata² juri tentang mereka semua...komen yang sangat² (macam tak tau nak letak sebagai apa)..sebab bak kata Pak Jamali...daripada 11 peserta...hanya seorang dua je yang tahu MASAK...yang lain memang *sambil geleng² kepala...tak tahu masak langsung! Ini lah dia ciri² GM yang dicari kot...huhuhuhu.....

Diantara komen² juri:
  • Perah santan dengan hujung² jari.....macamana nak keluar santan tu kan...
  • Kupas kentang sampai lebam tak letak air...
  • Nak ambil lidi daripada daun kelapa...mentang kuku panjang...koyakkan dengan kuku je daunnya...
  • Buat sambal belacan...tapi tak rasa pedas...rasa belacan je lebih....rupanya cili tu dibuang bijinya...
  • Asah pisau dua hala...makin tumpul lah jadinya...
  • Ehh tu je yang ingat...agak² nak tau sendiri silalah tengok online eh...huehue

NOTA KAKI:
* Walah sejuk² hujan macam ni teringat iwak pari bakar lemak cili padi+cekur!!
* Satu kerugian bila wanita tidak tahu memasak langsung!!


Monday 24 August 2009

Awal Ramadhan...

Syukur dah 3 hari berpuasa...

i. Hari pertama, dapat bersahur+berbuka bersama MyWanWan *juga bersama baby...sahur memasak...berbuka menjelajah PARAM di Kerinchi...asalnya hendak memasak tetapi bila kepala dah menunjukkan tanda² berpusing 360 darjah...err....lupakan...membeli juadah kuih...nasi kukus ayam goreng berempah+nasi beriani ayam rendang...MyWanWan kenyang...saya? kenyang dalam tandas berhadapkan toilet bowl...setengah jam berusaha menghabiskan nasi kukus....tp akhirnya ke toilet bowl jua!!....mual...loya...aduhaiii...

ii. Hari ke-2....sahur seadanya....sempat menjelajah ke Mydin Subang membeli barang² keperluan rumah...berbuka juga seadanya...tapi kali ni seorang diri....MyWanWan dah balik ke Penang selewat petang...kali ni tak NO toilet bowl....berusaha untuk mencari formula untuk tidak memuntahkan kembali makanan....walaupun mual...loya...berdikit² menahan....berbuka pertama hanya dengan kurma+susu+pisang....selepas solat baru lah cuba menjamah makanan berat...itu pun tak sampai sepinggan....

iii. Hari ke-3...bersahur juga seadanya....hari pertama bekerja dalam bulan Ramadhan...disebabkan ofis bermula pukul 8 pagi...keluar rumah seawal 7 pagi untuk mengejarkan jadual tren komuter 7.20 pagi....TIADA!...menunggu lagi untuk jadual 7.40 pagi...juga TIADA!....memang kesabaran teruji....orang dah cukup ramai menyesakkan...saya berkira² tepat pukul 8 pagi tren tak muncul, saya EL!...5 minit pukul 8 pagi baru kepala tren muncul....untuk itu saya diberikan pengalaman untuk menikmati keadaan sesak didalam tren...dihimpit+dihenyak oleh badan² penumpang lain dalam keadaan saya berusaha mengeraskan badan untuk melindungi perut, terasa pergerakan baby yang semakin kerap akibat terhimpit....

Balik ni..tak tau lah...sudah membayangkan lagi teruk keadaannya....lebih lagi ketika musim cuti sekolah sekarang ini...

Cukuplah....

Thursday 20 August 2009

Salam Ramadhan....


Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
[Hadith riwayat Al-Bukhari, #37;]

Assalamualaikum.....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut":

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahu pun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Wassalam....


Info : IBU hamil berpuasa...

Sumber : mypermatahati.com

Mitos anak kelaparan dalam kandungan, terpaksa makan berganda wajar diketepikan.

BANYAK mitos yang didengari mengenai ibu hamil dan amalan berpuasa. Ramai percaya, ibu hamil perlu makan kerana takut anak dalam kandungan kelaparan terutama yang masih pada peringkat awal kehamilan. Malah, ibu hamil juga dikatakan perlu makan untuk dua orang (ibu dan anak dalam kandungan) menjadikan kuantiti pemakanan ditambah dua kali ganda. Justeru, puasa tidak digalakkan sama sekali.

Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Fatimah Arshad, berkata meskipun anggapan berkenaan sudah sebati dengan masyarakat hari ini, kajian menunjukkan mitos berkenaan salah sama sekali.

“Tiada halangan yang menyekat ibu hamil untuk berpuasa. Tidak kira pada awal kandungan atau pada peringkat akhir kehamilan. Asalkan ibu berkenaan sihat tanpa penyakit kronik yang membahayakan kesihatan, mereka boleh berpuasa seperti orang lain. Dalam Islam dibolehkan mereka tidak berpuasa sekiranya memudaratkan kesihatan ibu atau anak,” katanya.

Puasa yang memudaratkan ibu hamil ialah apabila kandungan gula dalam darah menurun. Namun dalam kebanyakan kes penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya, puasa adalah sebaik-baik langkah mengurangkan risiko yang dihadapi.

“Lazimnya, ibu yang sihat tanpa risiko boleh berpuasa. Bagaimanapun, amalan berpuasa sebenarnya adalah jalan terbaik untuk merancang diet terutama mereka yang menghidap penyakit seperti diabetis atau darah tinggi. Waktu makan lebih teratur dan tidak berselang seli dengan makanan yang tidak diperlukan. Misalnya waktu sahur sama dengan waktu sarapan dan makan malam, makan tengah hari adalah sama dengan waktu berbuka puasa dan moreh pula sama dengan snek.

“Jadi, aturan ini secara tidak langsung menyekat ibu hamil daripada makan berlebihan yang menyebabkan kandungan gula di dalam darah meningkat. Ini kerana ibu hamil mudah mengalami peningkatan gula dalam darah,” katanya.

Fatimah menasihatkan ibu hamil supaya bijak merancang pengambilan makanan dengan mengatur keperluan khasiat dan zat pemakanan. Perancangan itu menjamin ibu hamil memperoleh semua zat yang diperlukan janin dalam kuantiti diperlukan saja.

“Ibu hamil perlu memastikan berat mereka tidak bertambah secara berlebihan ketika hamil. Anggaran peningkatan hanya sekadar 1 kg setiap bulan iaitu jumlah maksimum sebanyak 9 kg saja. Pertambahan berat badan lebih daripada 10 kg hanya menyebabkan ibu berisiko
mengalami kandungan gula bertambah dan tekanan darah tinggi. Justeru, perancangan menu amat penting bagi memastikan ibu dan bayi terus sihat,” katanya.

Kalsium adalah zat paling penting untuk pembentukan tulang janin. Bagi mendapatkannya, ibu perlu minum dua gelas susu skim (tanpa lemak) setiap hari iaitu pada waktu sahur dan berbuka.

Jika ibu mengalami diabetis, amalkan minum susu dan buah-buahan berserat tinggi seperti betik, epal, tembikai atau oren. Jangan makan buah-buahan manis. Pemanis mulut seperti bubur kekacang dapat melawaskan penghadaman.

“Selepas terawih, minum minuman bersusu seperti susu bersama oat, emping jagung, kacang kuda atau tauhu sumbat. Elakkan makan nasi secara berlebihan iaitu tidak lebih 3/4 cawan kerana nasi mengandungi gula. Kalau boleh gunakan beras perang atau beras basmati.

“Memilih spageti lebih baik berbanding mi atau bihun biasa. Lauk seperti sup sayur satu mangkuk, lebihkan ikan atau ayam satu potong. Banyakkan minum air kosong berbanding air bergula,” katanya.

Ketika bersahur, ibu boleh mengambil sandwic tuna menggunakan roti berkalsium tinggi atau nasi yang dimakan bersama sayuran yang banyak. Bagi menambah darah, pastikan ibu makan hidangan mengandungi zat besi. Ia boleh diperoleh dengan memakan organ ayam atau lembu seperti hati sekali seminggu.

Memakan sayur hijau dapat membantu menyerap zat besi dengan lebih berkesan, manakala ayam dan daging juga boleh membina sel darah merah. “Bulan puasa menjadikan ibu lebih peka dengan pengambilan hidangan sihat mengandungi pelbagai nutrien yang mengikut semua keperluan
seperti terkandung dalam piramid pemakanan. Malah, menu terancang menjadikan bayi lebih sihat. Ibu hamil juga perlu bersenam walaupun pada bulan puasa. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan sembahyang terawih.

“Sebelah petang banyakkan berehat untuk menyimpan tenaga. Apa yang penting, waktu berbuka jangan makan berlebihan kerana ia menyebabkan tubuh cepat letih dan menjadikan kita mengantuk. Pengambilan makanan tambahan sebenarnya tidak menjamin khasiat diperlukan tubuh mampu diserap sepenuhnya oleh tubuh. Jika tidak boleh minum susu, gantikan dengan dadih yang kini boleh didapati dalam pelbagai perisa,” katanya.



Monday 17 August 2009

Mendobi...

Hujung minggu dilalui dengan indah...berehat²...bertiduran...dan MENDOBI!...yelah nak keluar ke mana² pun sekarang ni berfikir 44x....dalam keadaan virus selesema b*b* ni....lebih lagi kepada mak buyong² seluruh Malaysia...sangat takut OK!

Jadi gagahkan juga mendobi pakaian² baby ni...tak banyak pun...ada setengahnya kene bawak siap² dalam beg untuk persediaan ke hospital nanti...termasuk basuh CD tu...1st time disarankan pre-wash 3-4x untuk fungsi yang lebih baik....iaitu anti kebocoran....kebetulan semalam hujan lebat membantutkan pengeringan CD...sempat pre-wash 2x sahaja...

Ini adalah gift in advance daripada blogger Yun...ada kelambu...tapi kelambunya takda gambar..hehe...Kelambu terpaksa tinggal kat ofis dulu sebab nanti bawak balik naik tren ada yang cedera tercucuk muncung kelambu...haha....Terima Kasih lah acik Yun...

Berbalik cerita mendobi....
Sangat jenuh menyidai mitten + booties bby tu...walaupun hanya 3 pasang...sbb terlalu kecil+comel kan...pegang² je jatuh...nak sidai pun boleh jatuh...adesss....ditambah juga dengan baju²nya yang memang cukup la cute...memang lepas ni membeli belah ampaian bby la pulak...tinggal sepit je kan..dengan bakul besa...dah kering tinggal campak dalam bakul...hahaha...ate, rajin beno la kome nk lipat baju yang comel² itu??

30 minggu dah...

Gulp! *sila jangan fikir sangat ye...

Gejala Kontraksi Braxton Hicks seakan terasa sudah...


Watammmatan...Renjis²...

Melodi semalam...semasa Wahid menunjukkan HPnya dengan gambar seseorang yang berpakaian pengantin...di Kuala Kubu Baru...hati sudah terdetik...perempuan itu kah?? hati memujuk supaya gambar itu tidak benar belaka...sebab jika benar...PASTI kemelut umpatan, kejian, fitnah bermacam² lagi akan berterusan...

Pagi tadi bila menjeling dibarisan suratkhabar pelbagai bahasa di meja Aci dibawah payung didepan pintu masuk guard house (kawan yang menjeling sebenarnya)....paparan muka depan Harian Metro...ANA DAH KAHWIN....

Sah! Sah! Sah!

Renjis renjis digilispilis.....
Papepun selamat pengantin baru buat Wahida...dan pengantin lama buat Anta..
Anta jgn lupa nafkah anak²...

OK..sudah...nak ajak Kak Tijah berjemaah doa tolak bala gak lah!


Thursday 13 August 2009

Pergi Tak Kembali....AL-FATIHAH

AL-FATIHAH....

Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang² Mukmin.....


Utusan Malaysia Online
Asri "Rabbani" meninggal dunia
13/08/2009 11:33am
Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.



NOTA KAKI:
* AL-FATIHAH juga buat ayah Nano yang Pergi Tak Kembali semalam....juga kepada semua yang telah meninggalkan dunia...

Wednesday 12 August 2009

Cerita Minggu Lepas I...

Akhirnya...balik ke Johor minggu lepas selesailah buat Kad Nikah...berkejaran ke Pejabat Agama Islam Johor selewat pukul 4 petang...nasib tak ramai orang...cuma perasan lebih je lah sebab memboyot pergi ke kaunter permohonan nikah..hahaha...silap kaunter daaa....

Yelah dah banyak berubah rupanya...masa saya dulu nak buat permohonan nikah...letak borang je kat tray depan kaunter tu...berkurun lah tunggu kene panggil...sekarang ada nombor giliran sudah....TETAPI nak buat kad nikah ni cuma isi borang kuning+sertakan dokumen+bayar...tak payah ambil nombor pun..haaa lagi lah senang...

Cuma 1 je yang terlupa...lupa copy IC kami berdua...huhuhu....*nak kata terlupa tu mcam tak kena je sebab ingat dah tapi nak membuat copy haram kat ofis nak usung IC MyWanWan cemana kan..dia pun sibuk ke hulu ke hilir dengan interview dia...yang saya punya pulak dah copy tapi tertinggal kat ofis...adoiiii......nak singgah kedai tepi² jalan tuh takut dah tak sempat kejarkan pintu JAIJ....natijahnya copy kat sana kene caj sehelai=RM1 ye tuan² dan puan²....ada 4 helai=RM4!! Oleh itu, diingatkan lah sediakan semua dokumen sesiap supaya tak membazir duit anda disana...huhuhu....takpelah asal semuanya dah selamat....tunggu 2 bulan baru siap...wahhhhhh....

Terima kasih Aishah tolong ingatkan prosedurnya...cuma gambar tu hanya seorang sekeping je...yang lain tu sama syarat²nya....

Selesai semua baru terasa perut mintak diisi...MyWanWan sibuk la cari Tauhu Bakar...saya ingatkan dia saja je cakap..rupanya bersungguh....ok saya ajak la ke tepi laut Pantai Lido tu selalu petang² ada je kat situ...sekali tengok kerja penambahan pasir sepanjang pantai...uihhh....mana pergi peniaga ni....lajak ke Danga Bay...singgah ke Restoran Singgah Selalu...kot lah ada...pancing MyWanWan takde Tauhu Bakar makan lain je lah....dia tak nak la macikkkk!! aihhh...ni sapa yang mengidam nih...sudah tukar ka?? sudahnya keluar lah ayat....

"takpelah kalau takde...kita balik je lah".....

Hohoho...masa jalan balik tu tiba² ternampak 1 kawasan segala macam jenis lori penjaja....jual Steamboat dan Tahu Bakar....

Sengih sampai ke telinga MyWanWan...:p

Saya pun sengih gak la...bukan apa...dia sebenarnya yang saya kenal bukan suka pun spesis yang dinamakan TAUHU nih... sekarang kemain lagi mencari....keh keh keh!


Sedap tak? :D


Tuesday 11 August 2009

Merdeka Belly Contest

Sesiapa yang berminat nak sertai contest ni sila klik logo banner (spt dibawah) di sidebar kanan tu yer...
Seorang blogger CikMin telah anjurkan contest untuk ibu² mengandung tunjuk perut...eh boleh juga new mummy nak masuk yer... sila terjah blog CikMin untuk syarat²nya..contest sehingga 31 Ogos 2009....hadiahnya adalah....jeng jeng jenggggggg!! mesti war² hadiah dulu bagi diri sendiri teruja kannnnnn!! Saja suka suki kan....kalah menang wa tara kisah maaaaa....lagipun ikut bertuah tangan CikMin tuh..sebab dia kata Cabutan Bertuah...he he he.....

************************


*******************


**************


*********


*****


**


*

Ini hadiahnya....

*************

*******

***

OK...inilah gambar perut saya yang tak seberapa....

Perut berusia 6 bulan....nanti sebelum 31 Ogos kalau ada gambar terbaru saya tepek lagi kt sini ye Cik Min...huhu.....sebab sekarang dah 7 bulan lebih....sangat tecit kan!!


CikMin ada menyatakan salah satu syarat²nya untuk menyatakan perasaan ketika ini....

PERASAAN saya adalah....sangat seronok...2 ronok...3 ronok..dan beronok²....huahuahua!! *ada kene sekeh dengan CikMin ni kang...muehehe.... OK OK serius...

Selain seronok..gembira dan sewaktu dengannya dengan 1st baby ni...suka dengan gambar ni sebab gambar pakai baju ni je yang boleh menampakkan perut yang tak membesar tuh...huhuhu...selain itu adalah hadiah CikMin nak bagi tu...sekarang ni pun tengah syok nak menambahkan bilangan CD....he he he....Siapa yang tak nak free makcik senah oiii....ha ha ha *gelak jahat!

Ok..silalah kepada bakal ibu & new mummy untuk sertainya.....


CD?

Taraaaaaaaaaaaaaa........

Ini adalah CD = Cloth Diaper moden.... sebenarnya sampai Jumaat lepas...hasil daripada Main Kutu CD...hihi...tak sangka pula orang pertama dapat....alhamdulillah....boleh lah tengok+belek sepuas hati...sangat comel...apatah lagi bila imagine lekat kat montot baby tegedik² tuh!! *sila jgn imagine montot orang dewasa plak! Satu lagi bila dapat awal ni senang nak buat projek mendobi semua pakaian baby+barut+bedung+napkin+CD ni kan..sekali harung je....

Niat hati yang suci murni...nak kumpul lagi CD ni....dengan harapan penyakit M bertukar menjadi R dan akan lebih R lagi bila dah invest banyak untuk CD ni....iyelah ia bukan sesenang lampin pakai buang kan..pakai je buang!...dengan duit pun terbuang sama...hukksssss!!

Dalam gambar nampak besar lebar je kan...tetapi ia adalah sangat comel!

Silalah tengok kebaikan+keberuntungan menggunakan CD ni ya....sumber godek² dalam internet...


Dan ini adalah video tentang penggunaan CD...kalau sesiapa belum pernah faham...

Wednesday 5 August 2009

LAGU utk diri sendiri...

Sesekali apa salahnya tujukan lagu untuk diri sendiri kan *wink* (sila jangan muntah yek!)

Saff_one_-_Isteri_Solehah


NOTA KAKI:
* Mood sedang elok...orang ke-2 sampai di pejabat...awal sebab beriringan keluar bersama MyWanWan ke tempat kerja tetapi dia ke sesi interview...Moga dipermudahkan semua..Amiiinnn....


Tuesday 4 August 2009

DOAkan...

Orang kata DOA + restu ORANG TUA lagi afdhal..
Perlu juga daripada orang lain...saudara sesama kita...tidak kira agama dan bangsa...
RAMAI itu lebih baik daripada sedikit kan...

Esok pagi,
MyWanWan akan mengadap ke bawah duli sesi interview di Bangi...
Percubaan entah kali keberapa...kami sampaikan dah tak larat kira dah...bayangkan +- 3 tahun cuba mencari rezeki di bumi KL/Selangor ini semata² untuk kami duduk sebumbung...

Minta DOA daripada kalian semua....semoga semuanya dipermudahkan...dan segalanya menjadi kenyataan....please PRAY FOR HIM....

Credit to : gambarhehe.com

Subhanallah...awan tu gambar tangan seolah sedang berdoakan....


TERKINI 1 : Selepas publish entry ni..ada lagi call untuk MyWanWan interview esok...oh saya adalah merangkap seksiteri secretary MyWanWan ok....sebab MyWanWan tak boleh bawak HP semasa bekerja :p

TERKINI 2 : Dapat lagi panggilan misteri interview lagi.... Alhamdulillah...manfaatkan beberapa hari ini untuk pergi bersoal jawab ya MyWanWan....


-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...