Sunday 30 July 2006

MoNday BlueSsssss

Hari ni mengantuk sesangat...mlm td lepas tgk the aprentice terus tido...then woke up at 5 o'clock...sahur time..alahai mengantok bangat...tp tingat lauk yg bakal basi kalo tak makan...something special from my mum....ku gagahi juga bangun....emmm...sesi x cukup tidur lah ni...last weekend ada kenduri rumah makcik at BP=Batu Pahat..cousin kawen...so...phm2 je lah...huuwarrrghhhh...seriously, so sleepy!!!!!!

baru habis baca blog cik rai aka faslin...she told bout time management...huhuuu...so for u, cik rai...i pasted this from paper online...

Tip menghargai masa

BANYAK tip boleh digunakan dalam menghargai masa. Kuncinya adalah jadikan diri pengintip kepada masa. Antaranya:

1. Kesan masa produktif (prime time) dan ‘masa-masa penat’ anda

Setelah mengesannya, gunakan masa itu untuk tugas yang paling penting dan paling memerlukan tumpuan. Katalah tugas penting kita adalah menyiapkan persediaan mengajar dan prime time kita ialah waktu pagi. Maka gunakan waktu pagi untuk menyiapkan persediaan mengajar. Bukannya dihabiskan untuk membaca surat khabar. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti kurang penting boleh dibuat pada ‘masa-masa penat’ kita.

2. Kesan musuh masa anda

Musuh kepada masa anda berpunca daripada anda sendiri atau orang lain. Kaji, apakah yang selalu membunuh masa anda. Mungkin berbual-bual kosong, melakukan panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon secara marathon, melayani ‘tetamu’ yang tidak diundang, tidur atau rehat yang tidak perlu. Caranya adalah dengan menguatkan disiplin diri dan membina kemampuan untuk menolak dan mengatakan tidak. Jika kita belajar menghormati masa kita, insya-Allah orang lain akan menghormati kita.

3. Tetapkan satu jangka masa yang sesuai untuk sesuatu kerja

Bagi mengehadkan masa perbualan telefon, senaraikan perkara yang hendak diperkatakan dahulu. Setelah perkenalan dan ramah-mesra secara ala-kadar, kita terus kepada perkara yang hendak disampaikan.

4. Buat checklist penggunaan masa

Ketika ingin membeli-belah, senaraikan barang-barang dan anggaran harganya kerana ia amat perlu untuk mengawal diri anda daripada godaan membeli barangan yang tidak perlu. Ini penting untuk mengelakkan pembaziran wang. Begitulah juga seharusnya dalam ‘perbelanjaan’ masa. Kita harus ada checklist tentang apa yang perlu kita buat mengikut keutamaan untuk mengelak daripada pembaziran masa.

Ingatlah, masa lebih berharga daripada wang ringgit. Sayangnya, pembaziran masa sukar dirasai berbanding pembaziran wang kerana sifat masa yang maknawi (tidak dapat dilihat). Sebab itu, jarang ada orang yang membuat checklist perbelanjaan masa!

Monday 1 May 2006

Cuti lagi...

i'm freeeeeeeee....hehehe...hah free mende ni? free lah dh bebas dr kemelut study & exam...time to releks...kosongkan fikiran...part keje tu x dapek la nk elakkan...rutin kehidupan...ranjau je lah...sekurang2nya dlm tempoh sebulan ni xde la berat sgt rase bahu ni menggalas beban kan kan kan...so pe kate kite baliikkk kg....ooo balikk kg.......heheh....

wah wah wah....seronot cuti sempena labour day nih...seronot la sgt...gi balik sepanjang pjalanan balik kg jem manjang..adehs!! lebuhraya dh bukan nama highway dh...cam jalan bandar jer...tau lah nk lebokan jalan...xde sistem...nk buat tuh step by step la...nih sepanjang jalan dok lebo jalan...3 lane jd 2 lane..dh tau mesia nih byk kete...hahh hamek ngko...makan roti ngn jem je la...walaupun aku x drive tp montot nih kire bekesan gak membuat eksesais melebokan montot...terutama sape yg teringin nk lebokan montot tuh...huhuhu....

yg x bess...time balik la nk demam bagai..seram sejok la..batuk la..sib baik x tahap kritikal..still boleh menikmati juadah mak aku..(wendu oo lama x balik)..hehe...hmm...aku nih alahan tol la..kalo gi memana asik nk demam je..tuh lum tecampak kt dunia 4 musim lagik..kalo tak tatau la pe nk jadik...demam kejung terus agaknye..hehe...ni pun dh balik kl still tekak perit...isshhh....tp x mengapa..anggap itu adalah penghapus dosa-dosa kecil ku...amiiinn....

walaupun kg aku bukan lg dinamakan kg yg sebeno...yerlah nama je tmpat tuh kg...tp keliling dh jalan beso..kilang..care4...tah mcm2 lg supermarket beso..ngn sungai yg dh tecemar....tp masih rase lagik cam dlm utan...sbb mlm2 bila nk tido dengo lagik bunyi cengkerik...gi bilik air mlm2 terpicing sore cik tak ong ong...pagi2 lak bangun subuh riuh rendah lagik bunyi kicauan burung..air pun walaupun air paip masih tahap sejokkk gile baban....huuuuuuu dh lama aku x dengo bunyi keindahan alam sume tuh...kt kl? jgn harap! asal nk letak kepala je start la bunyi alarm sape yg x g skolah tu bebunyi spanjang mlm...ngn lolongan anjing yg mendendangkan lagu Pulangkan lagik..ihiishhh..xde keindahan langsung...air lak...kalo tak klorin..keladak...hmmmm....rasa nk dok kg la plak...keje sana kan..tp mungkinkah tejadik...alamak makin rumit idup aku nih...selatan-kl-utara-....huuu bio la aku je yg paham...ngeh ngeh ngehhhs....

sepanjang aktiviti kt kg...hehehe pe lagik mau citer...melepak je la..jenguk dapo (aku la tuh kene kerahan tenaga berperang kt dapo), makan, tido..hahaha...layan tv yg tah bermcam2 cenel x masok lg astro tuh...singapore, indon pon layan...hishhh...ade la gak round2 kt blakang kg tuh mencari ilham...hahah tah pape je...gi jaga kedai..bukan jaga pun..mengaco kakak aku kt kedai..hahaha....reround supermarket...blanja famly..maklom laa..rezki terpijak skit bulan ni...hihihi...ssyyhhh.....hmm...x menarik pon...yerlah balik kg bukan nk wat per..jumpa family n rilek la kt umah kan....

*ok..moga hari2 mendatang...hidup aku akan lebih menceriakan & mendapat keberkatan dariNYA & bertambah limpahan kasih sayang drp org2 yg menyayangi diri aku...amiinn.

Thursday 23 March 2006

Jodoh Perkahwinan.....

Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

"Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman." Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.

Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Monday 6 March 2006

Suratan @ Kebetulan

nge nge nge..bukn nk nyanyi...tp implimentasi tajuk ngn realiti...haa tah kene mengena ke tak aku pon tatau....

bg aku :
idup ni x semudah yg kita impikan, highway menjadi sempit di tambah susur keluar dan fly over yang bersimpang siur ibarat MRR2 yg dh retak, masih ada ke jln lurus then senang smpai ke destinasi?
berbahagialah pd ko yg jalan lurus tapayah masuk mana2 simpang smpai sesat, pd ko yg dpt apa yg ko dpt tanpa ada kesusahan dan halangan, jgn pandang sebelah mata atas kekurangan org lain setelah ko dpt apa yg ko nak, sdgkan apa yg ko dpt hari ni bukan hasil usaha ko tp atas tanggugnjawab org yg tak mahu ko idup susah, itu pon ko tak sedo, ko boleh bermegah, menjaja dan mendabik dada yang ko senang, bahagia, tp ko jgn lupa hukum alam, atau pon senang cite hukum tayar, skang ko kt atas, peh ni x mustahil ko tegolek cam ayam golek huuuhuuu cam ayam skang yg dh x selamat....x mustahil gak pe yg dh ko buat bakal mewarisi generasi ko iaitu anak2 ko pd masa akan datang...ingatlah seblom terlambat...

phm ke pe yg aku bebel ni...terpulang...pulanggggkannn!!! eheh...

papepun try la menatang ni...utk menyedapkan minda yg dh terkehel...layaaannnnn......----->>>> PSYCHO TEST

result:
exercise=1,2,3,4,5,6,7,8....lapan lagik....
karaoke=kt bilek mandi...hua hua huaaa.....

Wednesday 1 February 2006

Gong Xi Fa Chai + Ma'al Hijrah + Hari Wilayah

selamat bercuti...gong x fa chai + ma'al hijrah + hari wilayah...

seblum tu di ucpkan SELAMAT THN BARU HIJRAH 1427...moga kowang ingt thn baru Islam ni...:D...doa akhir n awl thn...hari Asyura....heeheee....

peeh..bertambun cuti..olh itu mmg seminggu la straight cuti di campo ngn cuti forward..hehe..jumaat amik leave..heheeee...almaklumla lma x balik kg..pasni dh xde dh cuti free lma then start skolah dh kan...emmmm....

fuuhh jemm ms balik joho ritu...sib bukn me yg drive..sian pacik drebar tu heheee....sib nti me balik kl hri jmaat hrp2 x la jem...sape yg balik ahad tu prepare la pape yg ptut dlm bas...pampers wt alas punggong ke, mkanan & mnuman bekelah skali..kompem kowang busan dlm bas harung jem...ahaks...cite balik kg ni...mmg catat sejarah la...2x me tuko tiket nk balik kl...kelas la punyer psl...jap date kelas lelain..peh tu kelas ganti lak...haiiya...nasib snang tuko x byk soal..hulur duit je...heheeeee.....rm1.20x2=rm2.40...lps tmbang nek lrt balik umah...ngeeeeeee!...xpe..lik kampung nye psl...amiiinnnn...

huwaaaa...musan lak...xtau nk cite pe....dh kt umah ni..pe lagik..title 'bibik' dlm genggaman...adehss....hri pertama je mkn msakan mak...peh tu...hamba la jd bibik...heh!! sabauuu....owang pompan ni mmg slamanya jd bibik...tp bibik educated...ahaks...pe la me bebel nih...k la cau...

Tuesday 24 January 2006

Satu hari...back to skoolllll

Alhamdulillahhhh....syukur....bru2 ni dpt result MUET...selamat dh!!lps azab...band? kowang nk band aper? rock? heavy metal? dangdut? nasyid? black metal?...wekekekekkee....xde la kome ni pandai sgt...ate band 3 je udoh ler... so kpd kengkawan ku yg lum lepas, final year dh ni, p la amik, me xde lar amik kelas bagai, p register kek PPD bayo RM50, bajo pe yg patot dapek la band 3 tuh, sape rase nak dapek band 4,5,6 p la amek kelas...hehehe...papehal xyah byk cite yg penting me dh selaaamatttt....amiiinnnn...

hoohooooo...start dh skolah balek...me rase la kan...sem ni la rase sakit bahu...buku makk aihh tobal+berat...xpe bwk ilmu kan...heheheeeee....subjek taough la me rasa...sape yg dh lepas result sume tewuk..adehss kowang nih melemahkan tenago den ajo!...opss...somangat!..papepun me tempoh jua ke titisan ploh beganti ploh...ahakks.....emmm....so sesapa rase2 nk ajak dating hari me skolah..lopakan je la...ni jadual skolah me...hueuehueueueueee.....majulah skolah utk dirik sndrik...ahaks...sume hari ahad....

T1 = 22/1
T2 = 5/2
T3 = 19/2
T4 = 5/3
T5 = 19/3

* hehehe...besshnye me update blog nih...keje x buat pon..ishhkk..keje keje..insappp!! ampoonnn bossss....:b

Thursday 5 January 2006

Cuti cuti mesia bile dpt cuti...


lama dh x update nih...bz manjang..hehe...

ritu ms krismas gi penang, cuti2 mesia...dpt la gi jenjln kt penang tu...tah pe ade kt penang pon aku tatau...hehehehe....ikut org bawak je la...yg x thn tu jem yaa amat kt pulau...jln doh le kocik..adehs...naik pitam dibuatnya...

24hb - pg smpai tus gi sarap kt kedai mamak pekena roti canai...peh tu singgah gurney...idup udara sego la kununnye..lelepak tepi gurney tuh...tgk org jogging...org amek gambo..org plok pon ader..pg2 dh wat kije...heh..pehtu dh penat jln sepanjang gurney tu p padang kota lama...sama gak ade laut...duk jenjln nmpak plak satu gerbang Cornwallis..hehee...emmm..bedal jek la msuk lam situ..cuci mate tgk meriamm!!..wekekke...tgk la sume pe yg ader...siap bace sejarah die tuuuuu...cam ahli kajisejarah la plak...dh tu x tgk sume rugi woo..msuk kene bayo bukn pree...hape lagik amek gambo la..tah pape gambo jek..balik2 kt meriam...hahaha...meriam pon meriam laa...jgn meletup dah!..tghri baru chek in kt satu tempat kt gelugor (selalu melepak umah member tp die xde lak kt penang msa tu..dia pon nk cuti2 mesia gaks)...tmpat nih asalnya asrama blaja...skang disewakan pd sape nk sewa situ la...murahhh!!...dtg situ pon bukn nk dok dlm bilik sepanjang hari..tuk wat tido je...sewa otel x berbaloi dong!..mahal otel kt pulau..so sesiapa rase nk plan cuti kt penang p la carik tmpat ni...nama tmpt tu...RECSAM (Regional Centre for Education in Science and Mathematics) Residence Halls....tgk la gambau atachmnt..harga berpatutan...cehhhss siap pomot laks..hehe...masa smpai tuh ade la beberapa buah kuarga & sebuah bas skolah dok sewa situ..mklumla tgh cuti skola kan...nmpak ramai la skit...masok bilek je dan dan laaaa mate nih layuu..ngantuukkk wooo...tido la jap smpai zoho..ptg tuh setat la merayap...kunun nk carik pizza...tp nk gi ke pizza tuh...jemmmm giler....last2 gi plaza gurney...dh ptg msa tuh...ngn perot keroncong...papehal carik surau...adehhhs...cobaan tol...carik surau lak x jumpe!!...tgk plan info..xde lak gambau bulan sabit..aiseh...seb nmpak abg sekuriti tu...hmm ade upernya...pas smayang carik makanan..last2 lantak Mc D...layan properity...adehss..belasah je la bang!!...peh tu g usha tiket wayang...layan Narnia tiket 9 lebeh...sadiiisss....abis movie...kuo la..peh tu x dpt carik jln ke parking..last2 tembus keluo..tp aisehhhhh...mlm krismas...mmg carik nahas...dh nk 12 mlm msa tu....pe lagik...dorang dh kompol nk celebrate krismas...aduuuss...mana mau pigi ni...terpaksa gak harung lautan dorang yg pakei topi santa ngn buih2 tuh...uiishh pelik je eden pakei tudung sesat kt situ...fuuuuhhh seb baik dpt jln kuo...amiiiinnnnnnn....pe lagik penat...baleekk arrr tidoo...hehehe...

25hb - plan nk gi bukit bendera...smpai sana org punyer la ramei...beratur smpai konter yg de tiket 1.30 ptg..heh amik gak la...masa tuh pon dh kol 11...tarak kesah punyer...peh tu papehal lunch duluk....gi la town..area ******walk...then gi bukit bendera smula...berasak2..mklumla hari cuti...smpai atas...wooooo...nmpak kabos tebal...sojuukkkkk.....jenjaln je la mana suke...amek gambo pon sume kaboss jek...yg besshh tuu...masuk masjid...waaaaa...ngn kabos tebal, sojuk...insap jap...tenang je....peh tu jenjlan lg...sempat gi wat mehdi, dh ada org bayo..muhehee....smpai petang la dok ateh bukit tuuuu....turun balik bilek rest....mlm lak p merayau kt pesta penang..laa ingtkan cmana..upernya ala2 funfair...kene tiket gak..adehs...xdo pe yg beli pong...dia beli kasot..me beli hape ek...ooo souvenir tuk kenkawan...mknan kunyahan..minuman tegukan...wkekekekke....peh tu dinner n tidooo....

26hb - time to balek kl..x reti2 nk balik!..hehehhe....bas kol 10..so chek out la pe yg patot...mmg x bess pon cite ni...tp me nk citer gak..hahahaha....nk gi feringghi tp takot ar...laut..pantai kan...dh la dorang dok takotkan psl tsunami..hampehh je la korang...kalo nk jadi kt memana pon leh ar..bukn kt pantai je..tul tak?..tuuuulllllll.....ehehhehe

tgk la sebahagian gambo2 pe yg patot...dgn pesanan penaja : jgn pikir bebukan tau...hehheee...pikir positif..amiiiinnnnnn.....


-Nuff-

-Linkwithin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...